Select Page

Terawih, merupakan salah satu ibadah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Ramai orang akan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dna juga berbuat kebaikkan kerana ganjaran pahala yang diperolehi sangat tinggi. Namun, tidak semua yang berpeluang melakukan ibadah  akibat kekangan-kekangan tertentu. Para wanita dan ibu khususnya perlu menjaga ramai anak, jadi mereka tidak dapat mengambil peluang ini untuk ke masjid. Tambahan lagi, pad atahun ini, kita bakal menyambut kedatanangan Ramadhan dalam suasana PKP. Jum kita lihat panduan mudah dan lengkap solat terawih di rumah.

.

Solat sunat Terawih sama seperti solat yang lain. Ia ditunaikan sebanyak dua rakaat dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia dilakukan sebanyak 8 rakaat, atau 20 rakaat. Ia boleh dilakukan secara berseorangan atau  tetapi lebih afdal dilakukan secara berjemaah.

.

Waktu solat Terawih bermula ialah selepas fardhu ISyak sehingga sebelum terbit fajar. Manakala rukun-rukun solat Terawih pula sama seperti solat-solat yang lain

.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Terawih. Niat solat sunat Terawih:

Baca niat dan solat seperti biasa. Solat sunat Terwaih boleh dilakukan 2 rakaat satu malam sehingga 8 rakaat ataupun 20 rakaat. Selain itu, disunatkan juga untuk melakukan solat witir selepas selesai solat Terawih sebanyak 3 rakaat.

.

Rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan juga surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan juga surah Al-Ikhlas

Setelah memberi salam, bangun untuk solat 2 rakaat lagi. Suarh yang dibaca bergantung kepada surah apa yang hendak dibaca. Setelah selesai solat sebanyak 4 rakaat, baca doa ini:

.

Setelah selesai berdoa, bangun semula untuk menunaikan lagi baki 4 rakaat solat sunat Terawih jika anda ingin melakukan sebanyak 8 rakaat sahaja atau sambung rakaat yang anda inginkan. Setelah selesai melakukan Terawih, baca doa selepas Terawih.

.

Setelah selesai melakukan solat sunat Terawih, anda boleh melakukan solat sunat WItir. Solat witir dimulai dengan 2 rakaat dan diikuti 1 rakaat terakhir.

Baca Juga: Panduan Solat Tahajjud

Niat solat sunat Witir dua rakaat

Niat solat sunat witir satu rakaat

Setelah selesai, baca doa witir. Berikut merupakan doa witir:

Selamat menyambut bulan penuh barakah yang akan berkunjung tidak lama lagi. Semoga kita disempatkan untuk bertemu Ramadhan kali ini dan terus memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan kebaikkan dan ibadah dalam bulan Ramadhan. Semoga panduan mudah dan lengkap solat terawih di rumah ini membantu anda dalam menyemarakkan suasana Ramadhan

.

.