Kelab 5
Pagi
Journal yang akan bantu anda menjadikan perjalanan misi bangun jam 5 pagi lebih teratur dan tersusun
Setiap pembelian anda akan dijemput ke dalam group support Kelab 5 Pagi
mengenai kelab 5 pagi
Alicia adalah pekerja swasta yang bekerja normal 9 pagi hingga 6 petang. Dia dulunya adalah pelajar cemerlang dan setelah graduasi, Alicia terus dilamar bekerja.
Sudah beberapa tahun dia bekerja di tempat yang sama. Sambil bekerja, Alicia ada perniagaan sampingan kecil. Sekadar hobi dan tidaklah serius. Namun, dia enjoy berniaga.
Alicia juga merupakan isteri dan juga ibu kepada 3 anak. Anak masih kecil, membuatkan Alicia selalu rasakan masa tidak cukup. Kerja di pejabat pun selalu tidak dapat diselesaikan. Alicia pada dulunya bercita-cita tinggi. Sama ada mahu cepat naik pangkat atau mempunyai perniagaan sendiri. Namun, sekarang semuanya tidak sempat difikirkan. Malah tugas harian pun terasa tak sempat nak “catch up” apatah lagi nak baca buku, hadiri kelas malah rehat pun sukar. Konflik demi konflik melanda, sehingga Alicia tak tahu bagaimana nak handle satu persatu. Impian rasa jauh untuk dicapai. Terasa dirinya bukan dirinya lagi. Masa terasa sangat cepat, Alicia sentiasa letih tak bermaya, sekarang Alicia mudah sangat marah – marah dengan anak.
Watak Alicia adalah kisah benar kita, mungkin sedikit situasi. Mungkin semua situasi.
Kita mahu sangat mencapai impian. Sama ada besar atau kecil. Setiap impian memerlukan usaha dan setiap usaha memerlukan masa.
Masalahnya, kita terlampau sibuk dengan tugasan harian. Sangat sukar hendak ketepikan sedikit masa pun untuk impian kita. Kesannya, seperti 99% manusia lain, kita hidup secara autopilot.
Kisah Alicia jugalah walaupun rekaan, adalah sedikit sebanyak kisah saya. Pada tahun 2017, saya terasa semuanya “fall apart”
Saya memegang tugas besar sebagai project manager untuk projek IT di syarikat oil dan gas. Saya juga mempunyai beberapa business dengan ribuan ahli. Juga sedang melanjutkan pelajaran master. Ibu kepada 2 anak kecil yang salah seorang yang masih breastfeeding. Hidup terasa terlampau laju. Tiada masa langsung untuk diri.
Sehinggalah saya “terpaksa” membuat segalanya di pagi hari. Awal pagi. Pada mulanya saya hanya niat korbankan tidur. Bangun awal untuk siapkan tugasan. Bangun seawal 5 pagi memang sangat sangat membantu
5 rutin kelab 5 pagi
Solat/Silence
Writing
Exercise
Affirmation
Reading
SWEAR – Rutin untuk pagi yang Berjaya
Bangun di awal pagi, ketika itu otak memang tak dapat ingat banyak perkara.
Perkara paling buruk selalu berlaku ialah – “Kenapa aku nak bangun awal ya?”
Lepas tu ada suara jahat “Takde pape lah. Kalau ada sure kau ingat”
Itulah resepi kegagalan.
Maka saya formulasi formula mudah ingat awal pagi
SWEAR!
S – Silence/Solat
Manusia dilahirkan Bersama 3 komponen penting – “Body, Mind, Soul”
Setiap pagi, kita “feed” soul. Ketika inilah me time terbaik.
Anda boleh pilih untuk bermeditasi, menyendiri untuk refleksi diri atau boleh melakukan ritual keagamaan masing-masing di awal pagi.
Bagi saya sendiri, saya mulakan rutin pagi dengan terus mengambil wuduk dan solat tahajjud.
W – Writing
Writing boleh refer di muka surat … untuk lebih detail bagaimana anda bole gunakan jurnal Kelab 5 Pagi yang eksklusif untuk meningkatkan kejayaan anda.
E – Exercise
Senaman di pagi hari adalah sangat bagus di pagi hari. Tadi kita telah feed jiwa, sekarang kita feed our body. Ini untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Tahukah anda, senaman juga meningkatkan system kognitif. Bagaimana? Sebenarnya apabila kita bersenam kita bukan sahaja train muscle kita, malah “train” otak kita. Senaman telah dikaji dapat meningkatkan pertumbuhan sel dalam otak.
Amazing kan?
A – Affirmation
Sebelum hari anda penuh dengan pelbagai aktiviti atau manusia yang anda tak dapat kawal, mulai pagi anda dengan mengisi diri anda dengan “positive affirmation”. Affirmation boleh dibuat sama ada secara lisan atau tulisan. Latihan ini dapat melatih diri anda untuk lebih positif dan anda dapat lihat seluruh hari anda lebih positif, tenang dan bersemangat.
R – Reading
Ramai dari kita sedar yang kita perlu membaca. Pernah tak nak habiskan buku motivasi atau terlampau banyak buku anda telah beli namun tak pernah habis. Malah ada statistic mengatakan CEO membaca banyak baca buku setiap tahun dan kita sendiri susah untuk habiskan walau sebuah buku. Ya, rahsianya hanyalah sedikit rutin setiap pagi. Membaca buku setiap pagi memberi anda segala ilham dan self development yang penting untuk anda. Malah anda mungkin dapat terus amalkan ilmu yang anda dapat dari bacaan tersebut. Namun, tips mudah – elakkan membaca dari handphone anda kerana anda mungkin “distracted” untuk melayari laman social atau attend email/whatsapp anda. Rugi!
Rutin
Muka Surat
Journal Kelab 5 Pagi adalah sebuah planner yang boleh membantu anda untuk menjadikan hari anda lebih bermakna dan memberi manfaat kepada orang lain. Jika anda perlukan bimbingan, Journal Kelab 5 Pagi adalah jawapannya dan anda perlu milikinya. Anda akan dijemput ke group khas selepas anda membelinya untuk sama sama berkongsi rahsia jika bangun awal 5 pagi yang mana hanya anda yang lakukannya dapat alaminya
penulis kelab 5 pagi
Coach Rahmah atau Puan Siti Nur’ Rahmah adalah pengasas Aromah Team dan juga penulis di Kelab 5 Pagi Journal. Beliau mempunyai tauliah dalam bidang Neuro Linguistic Programme (NLP) Practitioner & Coach (ABNLP), tauliah sebagai Timeline Therapist (TLTA), tauliah sebagai Clinical Hypnotherapist (LCCH) dan tauliah dalam Colored Brain Trainer (DC).
Mempunyai visi yang jelas dalam gerakan #empowerYou beliau kini menggabungkan segala ilmunya dan menghasilkan Kelab 5 Pagi Journal. Kelab 5 Pagi Journal kini boleh didapati secara atas talian dan juga di kedai buku terpilih
Coach Rahmah
antara isi kandungan
Warna penuh
Rekaan menarik
Check list
Sesuai untuk sesiapa sahaja
SAVE THE DATE!!!!
PELANCARAN KELAB 5 PAGI
4hb Januari 2020
3 hingga 5 petang
Masuk adalah percuma
Mahukan EBOOK Tips Bangun Pagi secara percuma? Masukkan email anda dibawah