Pernah tak anda rasa macam kerap lapar dan selalu tertanya-tanya, apa sebenarnya punca cepat lapar ni?
Kadang-kadang tu, mulut asyik rasa nak mengunyah je, walaupun baru sahaja lepas makan?
Pelik, kan?
Sebenarnya, ia adalah tanda-tanda di mana mungkin kita ada membuat kesalahan dalam faktor pemakanan.
Apa Itu Kelaparan?

8 penyebab utama punca cepat penat
Kelaparan ini sebenarnya disebabkan oleh hubungan kompleks dari faktor fisiologi, psikologi dan juga persekitaran.
Secara fisiologi, rasa lapar ini dikawal oleh hormon, seperti ghrelin, yang dihasilkan oleh perut dan memberi isyarat kepada otak untuk merangsang selera makan. Hormon lain yang turut berkait rapat adalah leptin, yang dihasilkan oleh sel-sel lemak yang memberi isyarat kepada otak untuk menghalang selera makan.
Bagi faktor psikologi pula, antara yang terlibat adalah seperti tekanan dan emosi, yang turut menjejaskan kelaparan. Selain itu, faktor persekitaran, seperti ketersediaan dan akses makanan juga turut memainkan peranan dalam situasi kelaparan.
Punca Cepat Lapar
Ini adalah beberapa punca dan sebab mengapa anda sering berasa lapar walaupun baru sahaja lepas makan:-
1. Makan terlalu laju

Jika anda nak tahu, makan terlalu cepat juga boleh membuatkan perut anda cepat rasa lapar. Ini adalah kerana hormon di dalam tubuh tidak boleh bekerja dengan baik jika anda makan dengan terlalu cepat. Makanan tersebut tidak mampu dihadam dengan baik dan tidak dapat membekalkan nutrien yang secukupnya kepada badan anda. Jadi, anda akan rasa lapar dengan lebih cepat pada waktu yang tidak sepenuhnya.
doa nabi ayyub sembuh penyakit
2. Minum terlalu banyak minuman manis

Minum terlalu banyak minuman manis juga memberi impak buruk kepada anda di mana ia akan mengganggu sistem hormon anda. Menurut kajian, kandungan gula yang berlebihan dalam badan akan menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak anda yang anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya mengikut keperluan.
Ia akan menipu badan anda dengan menyatakan anda memerlukan kuantiti makanan yang lebih banyak.
3. Kurang minum air masak
Untuk pengetahuan, tubuh badan yang kurang air ini sebenarnya akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Jadi kalau taknak cepat lapar tapi nak cepat kenyang, sebaiknya, minum air masak terlebih dahulu sebelum makan.
Nak tahu tak kenapa kita disarankan minum air dahulu sebelum makan kalau nak elak makan banyak?
Haa ini adalah kerana ada kalanya, rasa lapar disebabkan tubuh kita menginginkan air selain makanan. Ada kalanya, tubuh akan memberi isyarat untuk berasa lapar terlebih dahulu berbanding haus.
Jadi cara terbaik untuk mengelakkan anda berasa lapar secara berlebihan adalah dengan meminum 8 gelas setiap hari.
6 faedah membeli emas buat wanita
4. Datang bulan

Selain itu, datang bulan juga adalah antara punca anda berasa cepat lapar. Ini kerana ia menyebabkan hormon anda berubah secara mendadak sehingga anda menjadi sering lapar dalam tempoh tersebut. Namun begitu, ia juga terjadi kerana tubuh memerlukan kandungan kalori dan nutrien yang cukup supaya badan kekal bertenaga dan tidak terdehidrasi disebabkan pengeluaran darah dari dalam badan.
5. Obesiti

Berat badan yang berlebihan juga merupakan antara punca anda berasa cepat lapar. Ini kerana, lemak yang berlebihan akan meningkatkan kadar insulin dalam badan secara mendadak seterusnya menjadikan selera anda bertambah-tambah!
Kesimpulan
Kesimpulannya, ia adalah sangat penting untuk kita mengambil sepenuh perhatian bahawa punca kelaparan selalunya kompleks dan saling berkaitan, dan satu punca boleh menyumbang kepada punca yang lain.
Adakala, stres dan tekanan mungkin membuatkan anda teringin makanan yang manis seperti coklat atau aiskrim. Namun, jika ia tidak dikawal, maka akan memberikan impak buruk kepada kesihatan anda.Teruskan bersama kami di www.kelab5pagi.com untuk lebih banyak ilmu, informasi dan perkongsian yang lebih baik bersama kami!
Recent Comments