Select Page

Pernah tahu tak apa kelebihan urutan seluruh badan untuk wanita?

Haa mesti kalian selalu berhadapan dengan situasi seperti,

“Kenapalah badan asyik lenguh je, rasa lesu je selalu. Sapu minyak panas pun tak dapat nak hilangkan rasa lenguh tu.”

Sebenarnya, rata-rata daripada kita, terlalu sibuk dengan aktiviti seharian bekerja bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang sambung pula dengan part time waktu petang dan malam. Ada kalanya sampai tiada masa untuk luangkan masa dengan anak-anak. Setiap kali balik rumah, anak-anak pun dah tidur. 

Jadi dengan kesibukan ini, ramai yang mengeluh dan merungut keletihan dan kelesuan dan akhirnya memilih alternatif yang terbaik iaitu mengurut. 

Tahukah anda, mengurut adalah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya bagi para wanita.

Ia bukan sahaja memberi ketenangan tetapi juga melegakan fizikal, mental dan rohani seseorang. Mengurut adalah satu rawatan yang berbentuk sentuhan yang menekan bahagian tertentu bagi memberi sensasi ketenangan serta mengurangkan rasa sakit dialami seseorang.

Sebenarnya, banyak manfaat yang boleh kita peroleh dengan mengurut. Itulah sebabnya ia menjadi pilihan sesetengah orang untuk mengatasi rasa penat, letih, dan melegakan beberapa bahagian tubuh yang terasa lenguh dan sengal. Selain melegakan tubuh, ia juga dapat menyihatkan fikiran dan jiwa.  

Antara kelebihan lain yang boleh diperoleh adalah:-

1. Melegakan dan merehatkan minda

Urutan menggunakan batu panas (hot stone massage) dengan teknik yang betul mampu melegakan otot-otot yang sakit. Bayangkan saja batu yang suam-suam panas itu diletakkan di atas bahagian badan yang penuh kelesuan, pasti terasa nikmatnya. 

2. Mengurangkan sakit kepala

Sakit kepala boleh berpunca daripada beberapa aspek seperti sakit gigi, cuaca terlalu panas, serta pelbagai punca lain. Mengurut boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan keletihan pada setiap sendi. Hal ini kerana, ia akan menekan sesetengah urat yang berkait rapat dengan beberapa anggota badan. Kadang kala, badan yang letih dan sakit juga disebabkan oleh urat yang bengkak dan masuk angin. Jadi, mengurut dapat melegakannya. 

senggugut dan haid tak teratur

3. Mengurangkan insomnia

Kajian menunjukkan satu pertiga orang dewasa mengalami kesukaran untuk tidur iaitu insomnia. Kebanyakan daripada mereka memikirkan terlalu banyak masalah yang menyukarkan minda untuk tenang dan mendapat tidur yang lena. Ada kalanya walaupun sudah mencuba pelbagai cara lain, ia tetap tidak dapat menyelesaikan masalah tidur mereka. 

Jadi untuk anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin boleh cuba mengurut. Hal ini kerana kajian menunjukkan urutan berkala membantu mengembalikan kualiti tidur yang baik. 

4. Mengurangkan stress

Dunia yang semakin maju kini telah memberikan cabaran dan ujian yang besar buat setiap individu terutamanya mereka yang bekerja keras memajukan diri dan keluarga. Ada kalanya ia memberikan kesan kepada faktor kesihatan kerana mereka terlalu  tertekan memikirkan solusi dan penyelesaian yang perlu disediakan. Tekanan perasaan ini yang mungkin menjadi punca banyak kemalangan dan situasi bunuh diri. Jadi, sebelum stress anda menjadi lebih teruk, anda perlu merawat tekanan ini dari awal dengan pergi mengurut sebagai contoh. 

punca cepat penat

5. Buang angin dalam badan

Selain itu, mengurut juga terkenal dengan kebolehan membuang angin dalam badan, yang selalu menyebabkan tubuh terasa berbisa dan sakit badan.

Jadi bagi mana-mana yang ingin membuang angin dalam badan, kebanyakannya akan mendapatkan perkhidmatan urutan kampung tradisional dengan tukang urut yang berpengalaman.

6. Kurangkan rasa gelisah & tekanan

Jika anda nak tahu, hati yang tenang serta badan yang sihat juga boleh diperoleh melalui urutan badan. Ada yang mungkin mengambil ubat setiap kali tertekan tetapi ada juga yang hanya melakukan aktiviti yang digemari. 

Ketahuilah bahawa, urutan badan boleh menjadi alternatif yang sangat efektif bagi sesetengah orang. Ia akan mendorong sistem pernafasan agar menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang tenang dengan suasana dan muzik sayu di kawasan urut ini akan melegakan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan.

Namun di sebalik kelebihan-kelebihan ini, terdapat beberapa pantang larang yang perlu anda ambil tahu supaya ia tidak memberi kesan buruk kepada badan dan juga tenaga.  

  • Aktiviti mengurut tidak boleh dilakukan oleh individu yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kerana ia mungkin menyebabkan pendarahan pada luka. 
  • Elakkan berurut selepas terlalu kenyang kerana ia mungkin menyebabkan sistem penghadaman mengambil masa lebih lama untuk beroperasi. 

Jadi, buat anda yang ingin mengembalikan kelesuan badan, boleh mulakan aktiviti urutan ini. Ingat ye, badan bukan seperti kereta yang apabila rosak boleh dibaiki tetapi sebaliknya badan ini tidak boleh ditukar ganti. Jadi, gunakanlah sebaiknya.