Select Page

Panduan solat tahajjud. Pernah terjaga waktu malam dan tidak dapat melelapkan mata semula? Solat tahajjud adalah solat sunat dua rakaat apabila terjaga daripada tidur pada waktu malam meskipun tidur tadi hanyalah sebentar sahaja. Afdhalnya jika dilakukan secara bersendirian.

Solat sunat tahajjud ini sangat digalakkan dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah sunat atau ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Panduan solat tahajjud ini dikongsi agar agar dapat membimbing dan memberi panduan untuk anda melakukan solat tahajjud secara lengkap dan mudah difahami oleh semua golongan.


Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Niat Solat Tahajjud


Cara mengerjakan solat sunat tahajjud dimulakan degan lafaz niat seperti solat fardhu iaitu :

Niat solat Tahajjud

“Sahaja aku solat sunat tahajjud, dua rakaat kerana Allah Taala”


Bilangan rakaat bagi solat tahajjud kebiasaannya dua rakaat. Namun, bilangan rakaat tiada hadnya, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat. Boleh dilakukan sebanyak dua (2) rakaat, empat (4) rakaat, enam (6) rakaat, lapan (8) rakaat ataupun dua belas (12) rakaat. Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak mungkin mengikut kemampuan anda. Jika terasa berat, memandaila dengan dua (2) rakaat sahaja.


Apa yang penting ialah ia dilakukan secara istiqomah pada setiap malam meskipun Cuma dua (2) rakaat sahaja.

Baca : Maksud Depresi dan Tanda-Tandanya

Bacaan Dalam Solat

Pada rakaat pertama surah cadangan untuk dibaca selepas surah al-Fatihah ialah surah al-Kafirun.

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun

Manakala, pada rakaat kedua pula cadangan surah selepas surah al-Fatihah ialah surah al-Ikhlas

Bacaan surah AL-Ikhlas

Doa Selepas Solat Tahajjud

Selesai solat, kita dianjurkan untuk membaca doa selepas solat sunat tahajjud iaitu

Doa selepas solat tahajjud

Maksudnya:

Ya Allah,

bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. ɃagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.


ɃagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.


Ya Allah,

kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.


Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.”

Baca : Keajaiban Sedekah Untuk Tambahkan Rezeki

Kelebihan Solat Tahajjud


Banyak kelebihan apabila kita melakukan solat sunat tahajjud terutama bila kita mula menjadikan solat ini rutin setiap malam. Antara kelebihan melakukan solat ini ialah makbulnya doa. Doa pada waktu tahajjud seperti aak apanah yang terkena pada sasarannya. Waktu ini adalah waktu yang tepat untuk mengadu segala keresahan hati padaNya. Doa yang anda lantunkan ketika kebanyakkan orang tidur akan didnegari hingga ke langit dan diamini oleh para malaikat.


Selain itu, fadilat dalam melakukan solat ini ialah memperolehi cinta dan redha Allah SWT. Allah SWT menyukai orang yang meninggalkan keseronokkan tidur untuk sujud di hadapanNya, orang yang sujud pada waktu malam akan mendapat redha serta cinta Allah SWT. Kita akan sentiasaa rasa dekat dengan Allah SWT.

“Hendaklah kalian mengerjakan qiyamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, mendekatkan diri kepada Allah Taala, mencegah perbuatan dosa, menghapuskan kejahatan dan menangkal penyakit dari badan.” (HR At-Turmudzi, Al-Hakim)


Semoga panduan Solat tahajjud ini dapat membimbing kita melakukan solat sunat ini dengan sempurna dan semakin rajin untuk bangun malam bertemu dengan Pencipta kita.