Select Page

Doa dihindari masalah yang senang dihafal ini mungkin antara doa yang anda tercari-cari selama ini.

Mana tidaknya, setiap individu yang hidup dalam muka bumi ini pasti tidak akan terlepas dari sebarang masalah. Tiada yang terkecuali.

Masalah Individu yang Berbeza-beza

doa dihindari masalah

Masalah yang kadang kala hadir pada waktu yang tidak disangka-sangka ini, ada kalanya hampir menjadi ujian terberat sehingga ada yang tidak mampu menahannya.

Ianya datang dalam bentuk yang berbeza-beza.

8 penyebab utama punca cepat penat

Mungkin tampak kecil bagi kita tetapi tidak bagi individu lain. Jadi, janganlah merendah-rendahkan setiap masalah yang dihadapi individu lain.

Sebaliknya, teruskan menyokong emosi dan berikan pendapat tentang solusi yang bersesuaian dengan masalah yang mereka hadapi. Jika anda sendiri mempunyai pelbagai jenis masalah sehingga ada kalanya merasakan tiada solusinya, mohonlah kepada Allah agar diberi jalan keluar yang sebaiknya.

8 tips wanita bekerjaya terus bermotivasi

Berusahalah sehabis baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT agar sentiasa dilindungi dari sebarang musibah dan masalah.

Walaupun agak susah namun percayalah bahawa;

“orang yang mengejar dunia, pasti dunia dan akhirat meninggalkannya, namun jika orang itu mengejar akhirat, pasti dunia dan akhirat mengikutinya.”

Doa Dihindari Masalah

Antara doa yang boleh amalkan dan senang untuk dihafal adalah seperti:-

doa dihindari masalah yang senang dihafal

Maksudnya: “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali engkau yang menjadikannya mudah. Engkaulah yang menciptakan kesulitan ketika engkau berkehendak mudah.”

Ingatlah sentiasa bahawa tiada yang mustahil dengan bantuan Allah SWT.

3 tahap perubahan emosi ibu mengandung

Yang penting, kita perlu ikuti konsep DUIT:-

  • D : Doa
  • U : Usaha
  • I : Ikhtiar
  • T : Tawakal

Allah sentiasa mendengar segala doa yang dipanjatkan dengan penuh rasa ikhlas dan tawadduk yang merintih pertolongannya.

Jadi, jangan pernah berputus asa untuk meminta pertolongan dariNya.

Allah mungkin tidak akan mengabulkannya dengan serta merta namun, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kesimpulan

Jadi, demikianlah doa dihindari masalah yang senang dihafal untuk anda ikuti dan panjatkan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua senantiasa dalam lindunganNya.

Untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan tips menarik berkenaan kehidupan boleh terus layari laman sesawang kami di www.kelab5pagi.com.