Kami percaya ramai yang tercari-cari apakah makanan bagus untuk ibu hamil dan yang paling mudah untuk disediakan. Sungguh kami katakan, ramai yang mengakui bahawa hamil adalah suatu peristiwa yang sangat bermakna dan sukar untuk dilupakan.
Setiap pasangan mengimpikan zuriat yang sihat fizikal dan mental sebagai pelengkap keharmonian rumah tangga. Namun begitu, kepada yang masih tidak berkesempatan untuk mempunyai anak, jangan bersedih, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Bagi yang sudah memperoleh zuriat pula, anda perlu memastikan bahawa kesihatan janin dan bayi terjamin dengan cara mengamalkan makanan yang bagus dan sihat. Antara yang mungkin boleh diberi perhatian adalah dengan merancang pengambilan asid folik 3 bulan sebelum tempoh kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat yang lengkap.
Malah sebaiknya, pasangan yang mula merancang memiliki cahaya mata pertama, seharusnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Namun begitu, ia bergantung kepada nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan anda.
Buat anda yang masih tidak mahir tentang jenis makanan sihat yang boleh diambil ketika hamil, jangan risau. Kami di www.kelab5pagi.com sedia membantu dengan berkongsi pelbagai maklumat menarik yang bersesuaian dengan kehendak yang kalian inginkan.
Okay, berbalik kepada makanan yang bagus untuk ibu hamil, di bawah adalah senarai contohnya.
1. Pisang

Pisang merupakan makanan yang bagus bagi ibu hamil kerana ia mengenyangkan mereka untuk tempoh yang lebih lama supaya anda kekal bertenaga.
Pisang mempunyai kandungan potasium yang tinggi yang dapat membantu mengawal tekanan darah ibu yang hamil. Ia juga boleh membantu mengurangkan keletihan yang dihadapi saat hamil.
ibu mengandung cepat lapar? normal atau tidak?
2. Bayam

Sayur bayam juga mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi dan juga kalium yang kaya dengan kandungan antioksidan. Ia akan memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan anda. Selain itu, ia turut membantu dalam mengelakkan sembelit.
3. Betik

Selalunya kita dengar bahawa buah betik dapat membantu melancarkan pembuangan air besar tetapi tahukah anda bahawa ia juga memberi pelbagai manfaat kepada ibu mengandung. Selain membantu pencernaan saat hamil, betik juga membantu mengatasi rasa mual di waktu pagi, membantu perkembangan neurologis saraf bayi serta meningkatkan kelancaran susu badan.
4. Kacang

Sama seperti individu biasa, kacang juga merupakan antara makanan yang sihat buat ibu hamil. Kandungan serat, protein, zat besi, dan kalsium yang terkandung di dalam kacang sangat diperlukan oleh tubuh wanita hamil terutamanya pada fasa trimester yang pertama.
Nutrien-nutrien ini akan dapat mencegah risiko kecacatan serta penyakit saat bayi dilahirkan. Selain itu, kacang juga dapat membantu mengatasi masalah tidak selera makan dan juga rasa loya serta mual di sepanjang tempoh kehamilan.
5. Ubi keledek

Selain itu, ubi keledek juga turut membantu ibu hamil dengan kandungan beta karotena yang boleh ditukar kepada vitamin A. Vitamin A ini pula amat diperlukan bagi menjamin tumbesaran janin yang sihat. Jadi, wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka.
8 tips kekal bersemangat untuk wanita
6. Telur

Antara makanan lain yang boleh diamalkan wanita hamil adalah telur kerana ia mengandungi setiap nutrien yang diperlukan. Hal ini kerana telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral yang mana ia sangat penting dalam proses pembangunan dan kesihatan otak.
7. Produk tenusu

Selain itu,ibu hamil juga perlu mengambil jumlah protein tambahan serta kalsium bagi memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang. Produk tenusu adalah sumber pemakanan kalsium yang terbaik kerana ia memberikan sejumlah kandungan fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. Makanan seperti yogurt yang kaya dengan kandungan probiotik juga boleh diambil oleh ibu bapa.
8. Ikan salmon

Jika anda adalah salah seorang ibu hamil, anda juga boleh cuba memilih ikan salmon sebagai makanan alternatif. Selain daripada rasanya yang sedap, khasiat daripada ikan ini juga dapat meningkatkan perkembangan otak dan membantu menjadikan sel kulit janin lebih sihat.
Khasiat pada ikan salmon juga dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan mengurangkan tekanan darah tinggi pada wanita hamil.Kesimpulannya, 8 contoh makanan ini boleh diamalkan oleh wanita hamil bagi memperoleh nutrien yang mencukupi dalam tempoh kehamilan. Untuk tips, motivasi dan topik yang lebih menarik, teruskan bersama kami di www.kelab5pagi.com.
Recent Comments