Select Page

Rasanya, tentu saja ramai mengalami tekanan dalam kehidupan. Oleh itu, ujian kesihatan mental juga amat penting. Lihat saja kehidupan kita pada hari ini yang menjadikan kita tertekan dengan pelbagai faktor. Tekanan atau stress boleh menjadi teruk sehingga membawa kepada kemurungan yang teruk dan memerlukan seseorang itu untuk menerima rawatan. Mengikut statistik, satu pertiga daripada rakyat Malaysia mengalami kemurungan berdasarkan kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang telah dijalankan pada tahun 2015. Merisaukan ya?

.

Kebelakangan ini, banyak kes bunuh diri yang dilaporkan malah membabitkan mereka yang masih muda usianya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan bunuh diri oleh Choi Sulli iaitu bintang pop di Korea Selatan dan juga Goo Hara, bekas ahli kumpulan KARA. Kedua-duanya masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Tahukah anda masalah mental seperti kemurungan ini boleh diubati melalui rawatan biologi jika anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan?

Baca : Amalan gaya hidup sihat

Lonely, Hiding, Sad, Young, Alone, Loneliness
Dapatkan bantuan pakar jika mengalami kemurungan

.

Apa Itu DASS ?

Ujian Kesihatan Mental atau lebih dikenali sebagai Depresiion Anxiety Stress Scale atau DASS merupakan ujian yang akan di ambil pada peringkat awal rawatan. DASS dilakukan bagi mengenalpasti tahap kemurungan, kerisauan dan juga stress seseorang. Ia bertindak sebagai pengesan awal jika kita perlukan rawatan atau tidak.

.

Namun, DASS bukanlah satu diagnosis! Jadi, jangan terus diagnos diri sendiri selepas mendapat keputusan DASS okay? Takkan lah kita hendak diagnos diri kita berdasarkan soalan-soalan tersebut kan tanpa dapatkan nasihat pakar kan?

.

Dass melibatkan tiga (3) bahagian iaitu “depression, Anxiety dan juga Stress”

.

Kebiasaannya, Ujian kesihatan mental ini mempunyai 21 soalan yang merangkumi soalan tentang depression, anxiety dan juga stress. Ada juga DASS yang mempunyai sebanyak 42 soalan, ia nya lebih terperinci. Soalan Dass seperti soalan kaji selidik sahaja. Jangan risau okay.

.

Anda cuma perlu membaca soalan dan memilih jawapan sama ada “Tidak langsung, jarang-jarang berlaku, kerap berlaku dan banyak kali berlaku atau kerap berlaku”. Jawab dengan jujur tau, jangan tipu kerana keputusan yang dikeluarkan berdasarkan jawapan yang diberikan. Jawab soalan mengikut situasi atau emosi kita dalam 2 minggu sebelum Dass di ambil.

.

Keputusan bagi Dass pula terbahagi kepada normal, ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk untuk setiap bahagian iaitu depression, anxiety dan stress. Sekiranya anda mempunyai keputusan sangat teruk, jangan berlengah lagi. Segeralah bawa keputusan Dass anda untuk berjumpa dengan pakar di mana-mana Klinik Kesihatan. Di sana, mereka akan membuat keputusan sama ada perlu dirujuk kepada pakar atau tidak.

Baca: Sayangi diri sendiri agar gembira selalu

.

Dapatkan Bantuan Pakar

Ujian kesihatan mental atau DASS sangat bagus untuk di ambil bagi menjadikan panduan sama ada kita perlu bertemu pakar atau tidak. Namun, jangan sesekali self-diagnose ya. Contohnya, apabila mendapat keputusan sebagai “sangat teruk”, anda terus mentafsirkan bahawa diri anda mempunyai masalah mental seperti kemurungan. Hal ini tidak tepat memandangkan hanya pakar psikiatris atau psikologist sahaja yang boleh mengesahkan sama ada kita mengalamai kemurungan atau tidak dan juga sama ada kita memerlukan rawatan atau ubat. Self-diagnose hanya akan memburukkan keadaan dan menjadikan diri kita lebih tertekan.

.

DASS ini ialah salah satu alatan untuk mengenalpasti tahap kesihatan mental pada peringkat awal sahaja. Melalui review yang boleh didapati di internet, hasil keputusan DASS juga diguna pakai untuk membuat penilaian awal kendiri dalam kesihatan mental. Tapi harus diingat, hanya pakar-pakar psikiatri dan psikologi dapat mengenalpasti tahap kesihatan mental kita dengan tepat. Sebelum itu, boleh cuba ujian DASS di sini dengan KLIK pautan di bawah ini :

.

DASS versi Bahasa Melayu.. Sila KLIK

Dass versi Bahasa Inggeris..Sila KLIK

.