Manusia yang bermanfaat adalah sebaik-baik manusia di dunia ini.
Bagi menjadi salah seorang dari mereka yang bermanfaat, seseorang tidak perlu menjadi yang paling bijak, yang paling kaya atau dermawan.
Menjadi seseorang manusia yang bermanfaat bukanlah bermaksud kamu membiarkan diri dipijak oleh orang sekeliling. Namun dengan menjadi orang yang berguna, ianya bererti kamu menawarkan kelebihan dan kebolehan yang ada dan melakukannya dengan senang hati.
Ini merupakan antara cara untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain :
1. Menulis Buku

Umum mengetahui bahawa kehidupan sebagai insan yang berjaya semestinya mempunyai rutin.
Rutin akan bermula daripada kita bangkit dari tidur lagi.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan sekiranya kita bangun awal seperti membaca, menulis, bersenam dan lain-lain. Sebagai contoh, melalui penulisan, kita boleh memberi manfaat kepada orang lain juga.
Ilmu yang ada boleh dikongsikan dengan penulisan buku, artikel atau penulisan di sosial media.
Baca juga: Cara Rasulullah menyelesaikan masalah rumah tangga
2. Menjadi Sukarelawan

Hujung minggu mungkin adalah hari untuk berehat bagi sesetengah orang. Tapi bagi mereka yang mahu mencuba sesuatu yang baru, mungkin boleh cuba untuk menjadi sukarelawan di rumah anak yatim, rumah orang tua atau di hospital.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti membantu mereka menguruskan diri, memasak untuk mereka dan macam macam lagi.
3. Berkongsi Apa yang Diketahui

Tak semua orang tahu apa yang kita tahu. Jadi, perkongsian dengan orang lain dapat menambah input dalam diri seseorang.
Sekecil-kecil maklumat seperti berkongsi resepi makanan, promosi yang dijalankan oleh brand yang diminati mampu menggembirakan hati dan memberi manfaat kepada seseorang.
Baca juga: 8 tips kekal bersemangat untuk wanita
4. Menjadi Pendengar yang Baik

Zaman kini, semua orang terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti sendiri. Jika terdapat apa-apa masalah, kita kena selesaikan sendiri. Seseorang akan benar-benar menghargai jika mengenali seorang pendengar yang baik.
Sebenarnya bila seseorang ada masalah, bukanlah dia mengharapkan sebuah penyelesaian, tetapi cuma perlukan seorang pendengar yang baik bagi meluahkan perasaan.
5. Bertanggungjawab

Bagaimana dengan bertanggungjawab, seseorang boleh menjadi manusia yang bermanfaat?
Pernahkah kamu mengalami masalah bila rakanmu tidak hadir ke tempat kerja secara tiba-tiba tanpa memaklumkan terlebih dahulu?
Jadi kamu terpaksa membuat 2 kerja sekaligus. Bukankah ianya mampu menyusahkan banyak pihak?
Rupa-rupanya, terdapat banyak cara untuk menjadi manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Jom jadi salah seorang dari mereka yang berguna!
Recent Comments