Select Page

SKRIP PERTANYAAN USAHAWAN / ORANG RAMAI BERKENAAN SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO ATAU COVID BUSINESS RECOVERY – MICRO ( CBRM )
Website TEKUN

“Salam, maklumat lanjut mengenai tarikh dan mekanisma penghantaran borang permohonan akan diumumkan pada waktu terdekat. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa”


“Skim ini terbuka kepada Usahawan TEKUN sedia ada dan Usahawan lain yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN”

  1. SOALAN: Saya masih ada pinjaman ( loan ) dengan TEKUN tapi belum habis bayar dan masih dalam tempoh.
    JAWAPAN: Ya, boleh mohon jika rekod bayaran balik sebelum ini adalah baik.
  2. SOALAN: Pinjaman ini ada simpanan dikenakan?
    JAWAPAN: Tiada simpanan dikenakan.
  3. SOALAN: Sebelum ini saya buat permohonan berkumpulan. Adakah masih sama?
    JAWAPAN: Tidak. Permohonan adalah secara individu.
  4. SOALAN: Sebelum PKP saya ada membuat permohonan secara berkumpulan tetapi masih belum lulus. Adakah saya layak untuk mohon di bawah Skim ini?
    JAWAPAN: Ya. Tuan/puan layak untuk mohon di bawah Skim CBRM ini.
  5. SOALAN: Bagaimana cara untuk memohon?
    JAWAPAN: Permohonan adalah secara atas talian ( online ) melalui Portal TEKUN Nasional. Tuan/puan boleh mengisi borang secara online dan sertakan bersama dokumen yang diperlukan.
  6. SOALAN: Baru pertama kali dapat pinjaman TEMAN TEKUN 2.0 dan sudah bayar 4 bulan. Boleh mohon lagi?
    JAWAPAN: Ya, boleh dengan syarat rekod bayaran balik adalah baik.
  7. SOALAN: Adakah pinjaman ini pinjaman bertindih?
    JAWAPAN: Tidak. Pinjaman ini bukan pinjaman bertindih. Bagi usahawan TEKUN sedia ada dan masih mempunyai pinjaman terdahulu, tuan / puan akan ada dua ( 2 ) akaun pinjman.
  8. SOALAN: Berapa lamakah tempoh pinjaman ini?
    JAWAPAN: Tempoh pembiayaan adalah selama 3 tahun ( 36 bulan ) dan diberikan tempoh penangguhan selama 6 bulan.
  9. SOALAN: Saya belum pernah memohon. Bolehkah saya membuat permohonan dalam tempoh PKP ini?
    JAWAPAN: Ya boleh.
  10. SOALAN: Berapa lamakah proses permohonan ini?
    JAWAPAN: Proses permohonan adalah selama 6 hingga 10 hari bekerja setelah dokumen dan maklumat lengkap pemohon diperolehi.
  11. SOALAN: Borang permohonan saya dah download dan dah isi. Perlu ke saya email ke macamana?
    JAWAPAN: Tuan / puan boleh majukan ke email cbrm@tekun.gov.my. Tuan / puan tidak perlu hadir ke pejabat TEKUN Cawangan. Walau bagaimanapun, tuan / puan juga digalakkan untuk membuat permohonan secara atas talian ( online ) melalui Portal TEKUN yang akan boleh digunakan dalam masa terdekat.
  12. SOALAN: Saya peminjam TEKUN dan masih ada baki yang belum dijelaskan.
    Layakkah saya mohon di bawah skim ini? Dan bagaimana cara pembayaran dengan 2 pinjaman ini? Sama atau serentak pembayarannya atau bagaimana?
    JAWAPAN: Tuan / puan boleh membuat bayaran secara serentak untuk kedua-dua akaun. Bayaran boleh dibuat melalui pelbagai kaedah seperti TEKUNPay dan online banking.
  13. SOALAN: Saya tiada kedai / premis tapi membuat perniagaan dari rumah. Boleh mohon?
    JAWAPAN: Ya boleh mohon.
  14. SOALAN: Saya ada mohon pinjaman TEKUN pada bulan dua sebelum PKP. Pegawai telah datang ke premis dan permohonan telah sampai ke HQ. Bagaimana dengan status permohonan saya? Adakah permohonan ini akan diproses selepas habis PKP?
    JAWAPAN: Pilihan di tangan tuan / puan, sama ada hendak bertukar kepada Skim CBRM tanpa caj dengan maksimum pembiayaan RM10,000 atau tuan / puan boleh meneruskan permohonan sedia ada yang dikenakan caj 4%. Permohan akan diproses selepas PKP

Semoga soal jawab ini boleh membantu para SME. Jangan lupa baca blog kelab5pagi.com untuk dapatkan infomasi terkini