Select Page

Ramai tak yang nak tahu apakah sebenarnya punca cepat penat?

Rata-rata daripada kita, bekerja bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Walaupun bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan hanya menggunakan alat peranti untuk menyelesaikan tugasan tetapi ramai yang mengeluh dan merungut sering keletihan dan kelesuan. 

Ramai yang pasti tertanya-tanya tentang apa penyebabnya dan apakah punca utama badan cepat penat dan letih di siang hari. Tidak dinafikan, ada yang sampai tidak mampu fokus dan sering sahaja leka sehingga terabai tugasan-tugasan wajib itu. 

Jadi di sini, kami ingin berkongsi tentang 8 penyebab utama punca cepat penat dan letih di siang hari. 

1. Kurang vitamin

Kadar vitamin C yang berada di bawah paras normal sehingga paras rendah adalah salah satu penyebab yang menjadikan kita keletihan dan kelesuan. 

Selain itu, Vitamin B juga berperanan sebagai sumber tenaga kepada kita. Jadi kita perlu mengambil banyak makanan seperti daging, brokoli, hati, kentang, dan juga kekacang. 

2. Makan terlalu banyak

Makan terlalu banyak juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Anda akan mudah berasa penat dan letih jika mengambil makanan terlalu banyak daripada yang disarankan. Sebagai contoh, lihat sahaja keadaan kita selepas makan tengah hari, ramai yang berasa lebih mengantuk dan menghasilkan kualiti kerja yang lebih rendah berbanding sebelum makan. Betul tak?

budak menangis malan dan anak meragam

 

3. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan akan menyebabkan diri terasa berat dan tidak larat untuk bergerak, mahupun berjalan. Kita akan cenderung untuk terus duduk di tempat yang sama tetapi cepat penat dan mengantuk. 

Hal ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi kesan kepada pergerakan otot yang membantu sistem pernafasan yang baik. Keadaan ini menyebabkan tisu, otot dan otak kekurangan oksigen lalu menyebabkan kita cepat kelesuan dan kepenatan. 

4. Tidak cukup tidur 

Tidur yang tidak mencukupi juga menjadi penyebab mengapa anda cepat penat dan letih. Bukan sahaja tubuh badan, mental juga akan menjadi sangat penat yang turut memberi impak negatif kepada tubuh.

Jika anda nak tahu, situasi tak cukup tidur akan menurunkan proses menginterpretasi ilmu atau maklumat melalui beberapa cara seperti mengganggu proses penumpuan, mengurangkan fokus serta mengganggu minda untuk menyelesaikan masalah. Ini memberi kesukaran kepada individu untuk belajar secara optimum.

5. Pengambilan kafein yang banyak

Tahukah anda, pengambilan kafein yang terlalu banyak akan mengganggu waktu tidur, sekaligus menjadi punca mengapa anda cepat berasa penat, letih dan lesu. Pengambilannya secara berlebihan juga akan mengundang pelbagai jenis masalah kesihatan yang lebih serius termasuklah ketidakseimbangan hormon. Ia mengakibatkan perasaan mengantuk yang serius serta penurunan prestasi diri terutamanya di tempat kerja.

8 tips kekal bersemangat untuk wanita

6. Tertekan

Apabila kita rasa tertekan dan mempunyai stress yang melampau, ia akan mengganggu fikiran dan jua tingkah laku. Kita akan cenderung untuk menjadi tidak tenang, menghadapi kecelaruan minda dan susah untuk tidur atau insomnia. Akhirnya, produktiviti juga turut terganggu dan akan memberi lebih banyak maslaah dan tekanan yang lebih serius. 

7. Lewat sarapan

The busy businesswoman working online on a smartphone during a break

Melewatkan sarapan ternyata boleh menyebabkan kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi sekaligus menyumbang kepada masalah kesihatan dan prestasi diri. Emosi dan mental juga turut terganggu di mana kita hanya akan berfikir tentang sesuatu yang negatif sahaja. Dari pagi hingga malam tak ada mood, macam mana nak hasilkan hari dan kerja yang produktif, kan? 

8. Dehidrasi

Antara sebab lain adalah kurangnya air dalam badan yang menyebabkan diri terdehidrasi. Kandungan plasma yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan sel darah sentiasa berada dalam keadaan cair. Jika tidak, sel darah merah akan menjadi lebih tepu dan 

Ringkasnya, jika perkara seperti yang dinyatakan di atas ini berpanjangan, ia boleh mengganggu kehidupan seharian kita, termasuklah individu sekeliling terutamanya kaum keluarga dan rakan sekerja. Hubungan yang baik juga turut terganggu akibat perwatakan kita yang menjadi ‘moody’ dan pemarah disebabkan rasa penat, letih, lesu.

Teruskan bersama kami di laman www.kelab5pagi.com untuk lebih banyak info, tips dan motivasi menarik.