Select Page

Puasa Arafah, hari ini merupakan 9 Zulhijjah iaitu hari arafah. Kita digalakkan untuk berpuasa pada hari ini kerana mempunyai pelbagai keistimewaannya. Jika anda belum berpuasa pada 10 terawal Zulhijjah ini, cubalah untuk hari ini

Sebahagian para ulamak dalam mazhab Syafie dan Maliki berpendapat puasa sunat ini menurut tarikh 9 Zulhijjah di negara masing-masing. Di Malaysia tarikhnya pada 19 July 2021. Kelebihan puasa sunat ini dapat menghapuskan dosa-dosa selama setahun sebelum dan setahun selepasnya. Ini berdalilkan Hadis daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”

(Sunan al-Tirmizi, no.680, Hadis Hasan).

Para ulamak memberikan pandangan bahawa yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa-dosa setahun sesudahnya itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat.

Kelab 5 Pagi Zulhijjah Challenge

Ini bagi mengelakkan tanggapan yang salah bahawa seseorang boleh melakukan maksiat sesudah berpuasa pada hari Arafah pada tahun itu dengan adanya jaminan penghapusan dosa. Antara dalil lain mengenai kelebihan puasa sunat Arafah ialah diriwayatkan juga daripada salah seorang isteri Nabi S.A.W:

أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ

“Bahawa Nabi S.A.W tidak meninggalkan puasa 9 Zulhijjah.”

(Sunan Abu Daud, no.2438)

Selain puasa pada hari tersebut, kita juga digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau memperbanyakkan puasa sunat secara mutlak bermula awal bulan Zulhijjah.

3 Kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah

Adapun pada pada hari Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah pula dilarang kita berpuasa, bahkan dianjurkan pula untuk makan dan minum serta bersedekah daging korban kepada fakir miskin. Manfaatkan kesempatan yang ada untuk kita beribadah sebanyak-banyaknya. Jangan lupa ajak sekali ahli keluarga untuk berpuasa bersama-sama nanti.

Walaubagaimana pun, jika anda tidak dapat berpuasa pada hari ini, masih banyak lagi amalan lain yang anda boleh lakukan antaranya bersedekah. Sertai Food4Frontliners dan bantu Kelab 5 Pagi dapat dana tambahan sebanyak 3000 USD hari ini

.