Hari ini merupakah 9 Zulhijjah, hari arafah, antara hari besar dalam Islam yang jelas menceritakan betapa banyaknya keistimewaan pada hari ini antara jika berpuasa dapat mengampunkan pahala setahun sebelum dan selepasnya
Tapi ada antara rakan rakan kita yang tiada rezeki untuk berpuasa, jangan terhad untuk tambah amalan hari ini dengan berpuasa semata mata, tapi anda juga boleh pertingkatkan untuk bersedekah dan bantu kawan kawan yang lain
Mungkin anda sudah tahu, Kelab 5 Pagi dalam usaha untuk membantu rakan rakan frontliners kita telah menjalankan program Food4Frontliners yang mana kami akan menyediakan makanan yang sedap kepada mereka. Program ini sudah dijalankan sejak tahun lepas sejak covid melanda negara kita dan sehingga hari ini kami telah memperoleh sebanyak RM8888 hasil sumbangan anda
Jom puasa hari ini, banyak keistimewaan puasa arafah
9 Zulhijjah Challenge daripada Launchgood
Pihak launchgood yang mana penyedia platform untuk kami jalankan program ini pada hari ini berbesar hati untuk menymbang sebanyak 3000 usd jika kami berjaya mendapatkan seberapa ramai penderma. Kami jangkakan hanya perlukan 100 orang sahaja.

Rasanya dengan seramai 2000 ahli di Kelab5Pagi ini, angka ini dapat dicapai!
Jom sertai kami untuk memberi makanan yang sedap sedap kepada barisan hadapan kita supaya mereka terus kuat berusaha untuk menjadi benteng pertama bagi melawan Covid ini.
Klik ke page ini untuk menderma dan anda boleh bagi serendah RM10 sahaja
.
Recent Comments