Select Page

Dunia digemparkan dengan wabak Koronavirus COVID19 yang telah menjangkiti ramai dari seluruh dunia. Malah, Malaysia juga tidak ketinggalan kerana setakat ini kes positif COVID19 telah melebihi dari 5000 kes. Baru-baru ini, Universiti Oxford telah melakukan kajian yang mana seramai enam ekor monyet telah diberikan vaksin untuk menguji keberkesanan vaksin ini. Dikhabarkan vaksin Covid19 telah diuji kepada monyet.

.

Apakah yang terjadi kepada enam ekor monyet ini setelah vaksin Covid19 telah diuji kepada monyet?

  • Monyet-monyet yang diberi vaksin dari University Oxford dilihat menolak virus koronavirus yang terbaru iairu COVID19
  • Menurut akhbar The New York Times, keenam-enam monyet tersebut diberikan vaksin hAdOx1 nCoV-19 di Montana tidak jatuh sakit meskipun didedahkan dengan virus tersebut
  • Namun, tiada jaminan vaksin tersbut akan memberikan tindak balas yang baik kepada manusia, namun kejayaan terhadap money-monyet ini telah menunjukkan petanda yang baik
Monkey, Animals, Mammals, Nature, Rhesus Macaque

.

Enam monyet telah diberikan vaksin yang telah dikaji oleh para pengkaji di Universiti Oxford dikatakan bebas daripada virus tersebut selama 28 hari meskipun didedahkan kepada virus tersebut.

.

Keputusan tersebut menunjukkan petanda yang baik kepada kajian tersebut yang mana percubaan tersebut juga akan dilakukan kepada manusia. Walaubagaimanapun ia akan mengambil masa sedikit lagi.

.

Berdasarkan laporan dari The New York Times, Kajian terhadap monyet-monyet ini dilakukan pada akhir bulan March oleh saitis kerajaan di Makmal Rocky Mountain  di Hamilton, Montana. Menurut laporan ini juga, vaksin yang diberikan kepada monyet tersebut dihasilkan oleh Jenner Institute dan juga Oxford Vaccine Group. Kemudian monyet- monyet tersebut didedahkan kepada virus dalam paras yang tinggi yang mana sebelum ini virus pada paras yang sama telah menjangkiti momyet-monyet lain. Walaubagaimanapun, monyet-monyet yang telah diberi vaksin kekal siha, bebas penyakit 28 hari selepas didedahkan.

.

Kajian terhadap manusia juga telah bermula dan dilaporkan akan berkahir pada bulan September akan datang. Proses penghasilan vaksin mnegambil masa yang lama.

Baca Juga: 4 Saranan KKM lindungi diri dan keluarga

Manakala, syarikat di Beijing juga telah memulakan kajian ke atas monyet dan hasilnya vaksin yang diberikan memberi tindak balas yang baik.

.

Walaubagaimana ujian terhadap manusia masih memerlukan masa. Semoga ujian terhadap vaksin ini dapat memberikkan hasil yang baik seklaigus dapat menghapuskan wabak COVID19 dari dunia.

.

.