Select Page

Walaupun tinggal di kawasan yang tinggi dan tidak mempunyai kawasan tanah, ia bukanlah penghalang untuk bercucuk tanam dan membataskan hobi kita. Meskipun, ia tidak dapat menandingi kawasan kebun yang bertanah, anda masih boleh memiliki kebun mini di balkoni rumah anda dengan kos yang rendah. Bercucuk tanam di balkoni agak mudah kerana Malaysia tidak mengalami musim sejuk yang ekstrim dan tanaman juga boleh mendapat cahaya matahari yang cukup. Terdapat tanaman yang sesuai ditanam jika anda tinggal di apartment.

.

Antara tanaman yang sesuai ditanam jika anda tinggal di apartment ialah:

Daun Bawang

Daun bawang kerap digunakan dalam masakan. SImpan bahagian akar daun bawang dan rendamkannya di dalma gelas berisi air. Isi air sehingga menenggelami paras bahagian yang berwarna putih dan ungu. Tukar air setiap 2 hari dan dalam tempoh seminggu anda sudah boleh melihat hasilnya. Setelah itu, anda boleh mula mengalihkan tumbuhan ini ke dalam pasu yang mempunyai tanah dan sentiasa pastikan ia kekal lembab. Namun, anda juga boleh gunakan kaedah yang saman dengan hanya menggunakan sebiji bawang. Jimat kan?

.

Cili Padi

Selalu berlaku pembaziran apabila kita membeli cili padi di pasaraya dengan jumlah yang agak banyak tetapi hanya menggunakan sedikit sahaja untuk masakan. Membzair kan? Kerana cili padi tidak boleh dibiarkan terlalu lama, ia akan mula mengecut dan rosak. Jadi, anda bolehla menanam sendiri pokok cili padi di balkoni rumah anda. Asingkan biji cili padi, taburkan ke dalam pasu yang telah didisi dengan tanah. Jangan lupa siram tau. Proses akan berlaku dalam likungan 7 hingga 10 hari. Apabila tunas telah timbul dan kelihatan, and aperlu menyiramnya secara teratur dan berjadual. Dalam tempoh 8 minggu  tanaman ini akan memberikan anda hasil!

Chili, Spice, Chili Peppers, Red, Sharp, Food

.

Pudina

Tumbuhan ini akan kelihatan unik dan menarik jika ditanam di balkoni kerana ia merupakan tumbuhan yang menjalar. Letakkan tumbuhan ini di tepi balkoni dna biarkan ia menjalar di susur balkoni. Bukan sahja anda dapat memenuhi hobi anda tetapi balkoni juga akan kelihatan menarik. Anda Cuma perlu menyiramkan sekiranya permukaan tanah kering dan lebihan air dapat keluar. Sekiranya daun pudina sudah mula berbunga, potong batangnya sebanyajk 1 inchi daripada tanah dan ia akan tumbuh kembali.

Pudina, Plant, Herb, Home Gardening, Planting

Baca Juga: Tips Cucuk Tanam di Rumah Apartment

Bawang Putih

Tahu tak kita juga boleh tanam bawang putih sendiri ya. Gunakan satu atau dua ulas bawang putih dan pastikan anda menanamnya dengan bahagian akar di bawah. Anda harus menjarakkan sebanyak 4 inci bagi setaip ulas dan letakkan di ruangan balkoni agar ia mendapat cahaya yang cukup. Siram jia perlu. Namun, ia memerlukan mas ayang agak alam iaitu 9 bulan untuk matang. Setelah kira-kira 9 bulan, bawang putih tersebut akan membiak sekurang-kurang 5 hingga 10 ulas.

.

 Apalagi jum kita manfaatkan ruangan balkoni di rumah!

.

.