Select Page

Influenza A kini kerap berlaku di negara kita yang mana dilaporkan sudah ramai terutama kanak kanak yang positif influenza A. Punca influenza a kini kembali aktif masih dalam siasatan pihak berkuasa dan sebagai ibu bapa perlulah berhati hati dan selalu mengamalkan langkah pencegahannya

Berikut merupakan info penting daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

(facebook post disini)

Influenza lazimnya dipanggil selesema adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Jadi, tidak hairan sekirannya individu berulang-ulang dijangkiti influenza.

influenza a
Batuk dan bersin adalah punca penyebaran Influenza A

Di Wuhan, China dilaporkan sedang mengalami wabak jangkitan salur pernafasan “misteri” dan kini dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Namun, kejadian jangkitan influenza di Malaysia adalah tidak sama dengan kejadian jangkitan yang dilaporkan di Wuhan.

Sertai Group Kelab 5 Pagi untuk kekal produktif sepanjang hari

Sememangnya, suntikan vaksin influenza pada setiap tahun adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit ini. Selain dari mendapatkan vaksin, amalkan cara pencegahan influenza seperti dibawah.

  1. Segera dapatkan rawatan jika ada batuk dan demam
  2. Elakkan berjumpa dengan kawan kawan atau perjumpaan awam
  3. Pakai penutup hidung ketika di tempat awam
  4. Tutup mulut dengan tisu apabila bersin dan buang setelah gunakannya
  5. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih
  6. Elak berkongsi barangan peribadi seperti tuala
  7. Pastikan pengudaraan dan pengcahayaan yang baik ketika di rumah dan juga ditempat kerja
  8. Bersihkan meja yang tercemar dengan cecair hidung dan mulut

Influenza A ini mungkin tidak begitu berbahaya kepada badan yang sihat tetapi jika anda yang mempunyai antibodi lemah dan juga sering terkena demam, perlu berhati hati kerana Influenza A mungkin boleh membawa maut

Selamat menjaga kesihatan