Select Page

Dikhabarkan pakar perubatan di Amerika Syarikat dan juga Eropah telah memberi amaran bahawa pandemic Covid19 mungkin antara factor yang menyebabkan peningkatan dalam kes penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak. Astro Awani turut melaporkan  bahawa Ketua Rawatan Intensif Pediatrik Hospital New York Morgan Stanley iaitu Dr Steven Kernie mneyatakan di US, terdapat puluhankanak-kanak yang mengalami penyakit Kawasaki yang telah menunjukkan beberapa symptom seperti demam  dan sakit perut. Penyakit Kawasaki ini merupakan penyakit kankakanak yang ibu ayah harus awasi.

.

Penyakit Kawasaki, penyakit kanak-kanak yang ibu ayah ahris awasi dan berikan perhatian:

Punca penyakit Kawasaki

Penyakit ini tidak berjangkit secara langsung dan punca utama masih tidak diketahui. Walaubagaimanapun, secara am nya penyakit ini berpunca dari dua factor iaitu jangkitan kuman dan juga genetic. Sekiranta seseorang tu dijangkiti kuman, ia boleh membawa kepada oenyakit Kawasaki. Namun masih tiada satu kuman spesifik yang dikatakan menjadi penyebab kepada masalah ini. Manakala, genetic pula yang mana adik beradik yang pernah mengalami penyakit Kawasaki akan mempunyai risiko 10-20 kali ganda berbanding orang lain.

.

Tanda penyakit Kawasaki

Demam yang berpanjangan (38.3’39.4’C yang melebihi 4 hari dan tidak kebah atau sembuh dengan menggunakan ubat demam biasa)

  • Nodus limfa (kalenjar ) yang membesar
  • Mulut, tangan dan kaki kemerahan
  • Strawberry tongue iaitu lidah kanak-kanak tersebut kemerahan dan seperti kulit strawberry.
  • Konjunktivis, mata merah dan tidak berair
  • Kulit menggelupas pada hujung jari dan kaki selepas 2 minggu

.

Rawatan

Kebiasaannya kanak-kanka yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan sembuh dengan sendiri  dan mengambil masa sekitar 4 hingga 8 minggu. Namun, jika diberi rawatan lagi awal, kanak-kanak tersebut akan pulih dalam masa beberapa hari sahaja. Portal Myhelath ada menyatakan  rawatan untuk penyakit Kawasaki ini  adalah immunoglobulin intravena yang diberikan melalui titisan ke pembuluh darah. Selain itu, ia juga diubati dengan aspirin berdos tinggi bagi mengurangkan keradangan. Dos aspirin akan dikurangkan sekiranya demam atau radang  semakin reda bagi mencegah pembentukan bekuan darah.

Baca Juga: Immune Booster semulajadi untuk anak

Komplikasi

Meskipun penyakit ini akan sembuh dengan sendiri dan kanak-kanak tersebut akan pulih dengan sendiri, namun, ada kes-kes terpencil yang melibatkan keradangan salur darah yang menyebabkan dinding arteri semakin lemah dan menyebabkan berlakunya aneurisme. Selain itu, bahagian lain yang akan turut terjejas dan terkesan ialah membrane yang meyelaputi jantung, injap dan otot jantung. Dalam hal ini, bayi merupakan golongan berisiko untuk mendapat komplikasi serius. Walaubagaimanapun, risiko kesan jangka panjang dapat di atasi dengan memberikan raewatan awal.

.

Maka, ibu bapa haruslah alert dengan penyakit ini.

.

.