Select Page

Malaysia berada dalam situasi yang agak melegakan melalui statistic COVID 19 yang telah diumumkan semalam. Namun, kita mesti meneruskan perjuangan kita sehingga mencecah sifar kes baharu. Kehidupan kita ketika Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP berubah 100% memandangkan kita terpaksa menghadkan pergerakan kita, tidak boleh keluar seperti dahulu kala. Meskipun, perintah kawalan ini ditamatkan, kehidupan kita tidak lagi seperti dulu. New normal yang perlu kita hadapi selepas PKP ini merupakan satu kehidupan yang baru untuk kita.

.

Biasakan yang tidak biasa. New normal yang perlu kita hadapi selepas PKP ialah:

Kelas Maya

Walaupun PKP ditamatkan, aktiviti persekolahan dan institute pengajian tinggi akan mengambil masa sedikit panjang untuk bermula semula memandangkan kerisauan terhadap kesihatan para pelajar yang mempunyai bilangan agak ramai untuk sesebuah sekolah. Maka, para guru, pensyarah dan pelajar sama ada di peringkat sekolah atau university perlu membiasakan diri untk menghadiri kelas maya atau online (e-learning). Mereka harus mmebiasakan diri dengan penggunaan Google Classroom, aplikasi Zoom atau apa sahaj aplikasi yang boleh digunakan untuk kedua belah pihak. Mereka perlu membiasakan diri dengan penggunaan Google Drice, Google Doc, Google Form dan pelbagai lagi.

Learn, School, Laptop, Tablet, Headphones, Children

.

Tiada mass gathering

Mass gathering seperti berkumpul untuk majlis perkahwinan, perhimpunan aman dan apa sahaja perhimpunan yang melibatkan orang ramai perlu dielakkan untuk tempoh 6 bulan hingga setahun. Jika anda ingin mengadakan majlis perkahwinan, anda sangat digallakn untuk Cuma mengadakan majlis akad nikah dan tangguhkan dahulu majlis persandingan yang melibatkan ramai orang. Malah, rumah terbuka untuk sebarang festival juga seharusnya dielakkan. Ia merupakan kehodupan baharu buat kita yang mana majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka merupakan aktiviti tahunan dalam kehidupan kita yang normal. Inilah new normal yang perlu kita patuhi.

Bloom, Blossom, Bouquet, Bride, Ceremony, Couple

.

Kerap Basuh Tangan dan Hand Sanitizer

Jika dahulu hand sanitizer hanya digunakan oleh sesetngah masyarakat sahaj terutama para ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Kini, kebiasaan baharu, orang ramai mula memilik hand sanitizer setiap seorang. Namun, kerapkan membasuh tangan menggunakan air dan sabun. Inilah new normal yang pelru kita hadapi selepas PKP.

.

Penggunaan Online Banking dan Online Pay

Sekrianya dahulu kita lebih memilih menggunakan wang tunai untuk sebarang pembelian terutama bagi mereka yang tidak biasa menggunakan perbankan atas talian. Kini, ia menjadi kebiasaan baru buat kita. Untuk sebarang pembelian atas talian, penjual dan pembeli lebih mengutamakan bayaran secara atas talian dan jika ke pasaraya, pembeli lebih memilih untuk menggunakan kad debit, e-wallet, boost atau apa sahaja aplikasi pembayaran. Sikap ini perlu dikekalkan walaupun telah tamat PKP kerana ia merupakan new normal yang perlu kita hadapi selepas PKP.

Iphone, Visa, Business, Buying, Card, Cellphone

Baca Juga L Cara Lindungi Diri Dan Keluarga Mengikut Saranan KKM

Sosial distancing

Kita masih perlu mengadakan social distancing selepas tamat PKP. Vaksin untuk COVID19 masih belum ditemui, maka, langkah-langkah yang disarankan KKM perlu diteruskan sehinggalah keadaan reda.

.

.