Select Page

Esok akan bermula bulan kalendar terakhir dalam takwim hijrah iaitu bulan Zulhijjah. Bulan ini sebagaimana dalam post sebelum ini memang antara bulan yang besar ganjaran pahalanya selain bulan Ramadan, 10 hari terawal bulan zulhjjah begitu banyak manfaatnya bagi kita yang meningkatkan amal ibadah dalamnya. Salam zulhijjah

Bagi menjadikan 10 hari terawal Zulhijjah bermakna dalam diri kita, kami di Kelab 5 Pagi akan menganjurkan KELAB 5 PAGI ZULHIJJAH CHALLENGE

Jom jadikan 10 terawal zulhijjah terbaik untuk diri kita

Anda yang sudah biasa menyertai Kelab 5 Pagi Challenge pastinya familiar dengan ‘check in’ dah juga routines SWEAR, challenge kali ini tidak banyak beza cuma nama sahaja berbeza dan masanya juga singkat iaitu hanya 10 hari sahaja

Jika anda mencari crowd atau circle yang positive mahu jadikan 10 hari terawal Zulhijjah ini bermakna, anda dialu alukan untuk sertainya.

Bagaimana nak Sertai?

  1. Klik join pautan di facebook event ini
  2. Selama 10 hari anda akan cuba untuk bangun awal (jam 5 pagi) dan lakukan aktiviti SWEAR
  3. Di akhirnya, isi borang yang akan kami sedikan nama dan berapa kali anda bangun untuk kami sedikan e-sijil khas

Apa itu SWEAR

SWEAR adalah routines pilihan yang anda boleh buat untuk menjadikan 5 pagi anda lebih sistematik. Solat/silence, Writing, Exercise, Affirmation dan Reading. Anda boleh pilih aktiviti apa yang bersesuaian untuk anda lakukan ikut diri anda ssendiri. Ia hanya panduan bagi anda

Ia adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja tak kira apa latar belakang anda. Semoga usaha yang kecil ini akan menjadi ‘movement’ menjadikan diri kita sentiasa positif mengharungi musim mencabar ini. Salam zulhijjah daripada kami di Kelab 5 Pagi

.

.