Select Page

Solat hari raya aidilfitri pada tahun ini agak berbeza kerana kita masih di bawah Printah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Namun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan berkenaan pelaksanaan solat Jumaat, Solat berjemaah, Solat Terawih dan juga SOlat Sunat Aidilfitri di masjid dan sura-surau yang terpilih di zon hijau dan juga wilayah-wilayah persekutuan dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawal Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri telah dikeluarkan.

.

Berikut merupakan garis panduan solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri:

1. Bilangan Jemaah yang dibenarkan untuk solat sunat Terawih dan solat sunat Aidilfitri hanyalah dihadkan antara tiga hingga 30 orang sahaja iaitu pegawai, kakitanagn dan juga ahli jawatankuasa serta anak-anak kariah yang berdaftar.

2. Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan

3. Mereka yang mempunyai gejala tidak dibenarkan hadir

4. Kaunter pemerikasaan perlu diwujudkan di pintu masuk

5. Mengambil wuduk di rumah

6. Membawa sejadah masing-masing

7. Memakai penutup hidung (facemask) dan juga hand saniter

8. Tandas digunakan jika ada kecemasan sahaja. Jika wuduk terbatal, Jemaah perlu terus pulang

9. Jemaah perlu membawa kad pengenalan diri

10. Menyusun dan menanda kedudukan Jemaah di ruangan solat

11. Tidak bersalaman dan juga bersentuhan

12. Segera meninggalkan masjid selepas selesai menunaikan solat Jemaah

13. Mengawal pintu masuk dan hanya yang dibenarkan sahaja memasuki ruangan masjid.

14. Takbir haru raya boleh dialunkan menggunakan alat pembesar suara

15. Membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh jabatan

16. Jarak satu meter harus dilakukan oleh setiap Jemaah.

17. Digalakkan membaca surah dan ayat yang pendek


18. Iman meringkaskan bacaan wirid dan doa  selepas solat

19. Solat SUnat Terawih hanya dihadkan kepada 8 rakaat dan 3 rakaat solat sunat Witir sahaja.

20. Tidak dibenarkan berkumpul sama ada di dalam atau di luar masjid

21. Tutup masjid dengan kadar segera selepas solat

21. Elakkan memegang pintu atau pagar dan keluar melalui pintu yang telah ditetapkan.

22. Iktikaf di dalam masjid tidak dibenarkan.

.

.Baca Juga: Amalan-amalan 10 malam terakhir Ramadhan

Baca Juga : Amalan 10 malam terakhi ramadhan

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 15 Mei 2020 dan kebenaran hanya diberi kepada masjid yang terpilih di zon hijau sahaja.

.

.

.