Select Page

Dengar je dah nak gaji, mesti semua akan gembira kan?Yela, duit pun cukup-cukup je untuk habiskan sisa hari sebelum gaji. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pernah berkata “Money is not the only answer, but it makes a difference”. Apa yang dimaksudkan oleh bekas presiden ini ialah duit bukan segalanya tetapi ia merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan khususnya buat mereka yang makan gaji. Hmm, wajarlah untuk kita mengetahui tentang cara berjimat cermat sebelum gaji.

.

Gaji pekerja swasta mahupun kerajaan tidak lari dari awal ataupun akhir bulan. Sekiranya gaji pada awal bulan pastinya gaji tersebut tidak mencukupi sehingga ke akhir bulan jika tidak berjimat cermat. Dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang sedang menjunam, adalah lebih baik sekiranya kita berjimat cermat.

.

Jum kita ketahui dengan lebih lanjut cara berjimat cermat sebelum gaji seterusnya

Simpan gaji ke akaun lain

Kebiasaannya, apabila menerima gaji, kita akan selesaikan semua komitmen sebelum berbelanja, kan? Sebelum kita membeli belah dan berbelanja untuk diri sediri, asingkan beberapa peratus daripada gaji ke akaun lain seperti tabung haji, amanah saham berhad atau mana-mana akaun yang kita tidak akan usik.

.

Buat Senarai

Pastikan anda menyenaraikan barangan yang ingin dibeli supaya tidak lebih berbelanja. Jika tidak menyediakan senarai barang yang ingin dibeli ini, pastinya kita akan mengambil barang-barang lain dan menyebabkan berlakunya lebihan belanja dan di luar bajet bulanan.

.

Rancang Makanan Harian

Harga makanan dah semakin mahal. Waktu tengahari kita akan berbelanja sekurang-kurangnya RM10. Itu belum termasuk makan malam dan juga sarapan pagi, kos makanan harian kita boleh mencecah sehingga RM20 hingga RM30. Jadi, rancang perbelanjaan makanan harian kita. Jika ada masa untuk memasak, kita boleh bawa bekal ke pejabat. Pastinya sangat menjimatkan.

Lunch Box, Picnic, Sandwich

.

Rekod Perbelanjaan

Perbelanjaan kita lebih bersifat sistematik jika kita mempunyai rekod perbelanjaan. Bunyinya agak melecehkan kerana kita perlu menyimpan resit-resit bayaran dan merekod. Tapi , cara ini pasti membantu anda dalam usaha berjimat cermat sebelum gaji.

.

Tahan Nafsu

Perkara agak susah untuk dilakukan ialah menahan nafsu dari shopping! Jangan bertindak seperti “beli dahulu, fikir kemudian”. Ini bukan masa yang sesuai memandangkan ekonomi Negara tidak memberangsangkan. Seandainya barangan tersebut bukan keperluan, eloklah jika kita menahan nafsu dari membelinya. Risau kelak kita sendiri akan rugi.

People, Girl, Standing, Talking, Phone, Wall, Shopping

.

Baca Juga : Rezeki murah dengan bersedekah

Senang saja kan cara berjimat cermat ini? Duit tidak mencukupi akan membuatkan anda stress dan serabut. Pastinya baki gaji yang anda miliki mencukupi untuk menampung perbelanjaan anda sehingga gaji seterusnya sekiranya pengurusan kewangan anda bagus. Pastikan anda mengikuti cara berjimat cermat sebelum gaji sterusnya ni tau!