Select Page

Sejak bulan March 2020, Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP di seluruh Malaysia dan ia berlanjutan sehingga 12 Mei 2020. Jika ia masih dilanjutkan sehingga hari raya Aidilfitri, ia menjadikan sambutan perayaan pada tahun ini agak berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tiada solat raya, tiada aktiviti kunjung mengunjung, tiada rutin salaman antara saudara mara dan lain-lain lagi. Jadi apakah aktiviti yang boleh dilakukan semasa raya 2020?

.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa raya 2020 ialah:

Menonton Tayangan Hari Raya

Kebiasaannya setiap kali tiba hari raya, pelbagai tayangan cerita-cerita menarik akan ditayangkan di saluran-saluran televisyen. Jika dulu, kita tidak sempat untuk menonton kerana  sibuk berkunjung ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara, tahun ini, kita boleh meluangkan masa bersama keluarga menonton tayangan-tayangan hebat yang disajikan pada hari raya.

Children, Tv, Child, Television, Home, People, Boy

.

Takbir DI Rumah

Jika tahun-tahun sebelumnya kita akan ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri dan bertakbir. Tahun ini, ambil peluang untuk menunaikan solat Aidilfitri bersama keluarga kita yang tersayang. Riuhkan rumah dengan laungan takbir di malam dan pagi raya. Pastinya ini akan menjadikan kenangan yang terindah yang boleh diceritakan kepada anak cucu kelak.

.

Bergambar

Waktu inilah kita boleh mengabadikan kenangan raya ketika musim wabak di rumah dengan keluarga. Jika dulu, kita Cuma sempat untuk bergambar sekejab sahaja kerana kedatangan tetamu dan melakukan aktiviti ziarah menziarahi. Kali ini, anda boleh meluangkan banyak masa untuk mendapatkan gambar yang sempurna sebagai kenang-kenangan.

Photographer, Taking Pictures, Fashion, Children

.

Permainan tradisional

Bosan juga kan asyik makan dan tidur, apa kata anda cuba mencuba beberapa permainan tradisional yang bersesuaian untuk dimainkan dengan keluarga sperti batu Seremban, congkak dan lain-lain lagi, Selain ia mengimbau kenangan dan nostalgia dulu-dulu, ia akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Malah, ia boleh dimainkan di dalam rumah sahaja.

Baca Juga: Aktiviti ketika PKP

Makan!

Walaupun tiada aktiviti kunjung mengunjung, juadah hari raya jangan diluoakan, Tetaplah membuat juadah hari raya untuk sekeluarga menjamu selera!

.

Netflix

Selain memonton tayangan hari raya yang disiarkan di saluran-saluran televisyen. Anda boleh meluangkan masa menonton cerita-cerita menarik di Netflix. Jangan lupa subcribe dulu okay. Anda boleh meluangkan masa dengan keluarga menonton cerita-cerita menarik justeru mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Netflix, Living Room, Relaxation, Film Series

.

.