Select Page

Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ke mana-mana sahaja yang menarik perhatian mereka ialah permainan.  Namun, mainan yang dibelikan tidak semestinya yang mahal-mahal, asalkan anak seronok menggunakannya dan boleh membantu perkembangan fizikal  dan minda kanak-kanak. Ibu bapa seharusnya menjadi kreatif. Saya akan kongsikan 5 idea permainan DIY untuk kanak-kanak yang akan menarik minat dan perhatian mereka.

.

5 Idea permainan DIY untuk kanak-kanak:

 Trek Kereta

Anak lelaki dan kereta memang tidak boleh berjauhan kan? Idea ini pasti akan menggembirakan mereka. Bahan-bahan yang diperlukan Cuma kotak yang terpakai dan kerta berwarna hitam atau anda boleh mewarnakannya! Reka satu treyk kereta yang besar supaya anak-anak berpuas hati untuk bermain memandangkan koleksi kereta mainan juga sangat banyak! Lukis sahaj seperti jalanraya pasti anak akan gembira.

Lego, Ferrari, Car, Race, Set, Toy, Track, Symbol

.

.Shadow puppets

Apa itu shadow puppet? Dalam istilah ringkas ia seperti kulit wayang. Menarik bukan? Bagi mereka yang suka membaca dan juga mendengar cerita sebelum tidur. Shadow puppet boleh menjadikan pembacaan mereka lebih menarik. ANda Cuma perlu kotak bijiran, kertas A4, kertas berwarna gelap, pita pelekat, kayu pemegang dan juga kertas surih bersaiz A4.

.

Dapur

Permainan seprti dapur ada dijual di pasaran namun harganya agak mahal. Jum kita DIY! Anak-anak memnag suka barangan dapur. Oleh itu dengan mereka satu mini dapur untuk mereka pasti menggembirakan hati anak-anak. Cuma gunakan kotak terpakai dan beberapa kertas berwarna dan marker pen sahaja. Tambahkan aksesori seperti kuali mainan, sayur mainan dan pelbagai lagi agar ia menjadi lebih menarik.

Playmobil, Game Characters, Figures, Breakfast, Toys

Baca Juga: 4 Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang PKP

Tapak Pembinaan

Seronok jika anak-anak dapat bermain pasir kan? Pasti permainan ini menjadi kegemaran anak-anak anda kerana kanak-kanak dan meesy play tidak dapat dipisahkan. DIY tapak pembinaan ini sesuai untuk imaginasi kanak-kanak. Cuma memerlukan bekas yang besar, pasir, batu bata, Rubbermaid dna juga lori mainan. Selesai! Pasti anak-anak gembira.

.

Patung Berubah Muka

Permianna DIY ini sesuai untuk mengajar anak-anak tentang emosi dan ekspresi muka. Bahan-bahan yang diperlukan sangat senang, Cuma perlu ada klip, kadbod, pisau dan gam.  Cetak template muka yang kita inginkan dan tampal di atas kadbod. Masukkan pula klip pada setiap  mata, hidung, telinga dan juga mulut dan pstikan klip rapat dan siap!!

.

.

.