Select Page

Hari Raya menjelma lagi. Pasti anak-anak seronok untuk menyambutnya kan. Perkara paling menyeronokkan buat kanak-kanak bukan sahaj dapat bertemu saudara mara dan bermain bersama, tetapi yang paling menyeronokkan ialah duit raya! Pasti pakcik, makcik, abang, dan kakak akan memberikan duit raya untuk si kecil kan. Namun, ibu ayah jangan pula guna duit raya anak. Duit raya anak boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan mereka. Terdapat juga tips urus duit raya anak yang boleh ibu ayah jadikan rujukan.

.

Tips urus duit raya anak :

Tabung

Asingkan duit raya anak yang kita simpan. Sediakan tabung khas untuk duit raya anak sahaja. Kebiasaannya ibu ayah akan memastikan setiap anak akan mendapat jumlah yang sama. Sekiranya kita mempunyai dua orang anak, kumpulkan duit raya meraka dan bahagi sama rata. And aboleh membuka akaun bank dan masukkan jumlah wang duit raya tersebut ke dalam akaun bank masing-masing. Duit simpanan ini boleh digunakan apabila mereka menyambung pelajaran atau untuk perkara di masa hadapan.

.

Tabung Haji

Kebiasaannya ibu dan ayah akan terlepas pandang tentang kepentingan akaun Tabung Haji. Akaun ini mempunyai dan akan mengagihkan dividen setiap tahun. Selepas raya bolehlah anda ke cawangan Tabung Haji dan buka akaun untuk anak-anak dengan minimum RM10-RM20 sahaja. Anda perlu menunjukkan sijil lahir anak-anak dan juga sijil nikah anda ketika pembukaan akaun Tabung Haji. Bolehla anda menyimpan duit raya anak – anak dalam Tabung Haji setiap kali raya tau.

Coins, Pennies, Money, Currency, Cash, Finance, Banking

.

SSPN-i

Akauan SSPN-I sesuai dijadikan sebagai tabung pendidikan untuk masa hadapan anak-anak. Mereka yang mempunyai akaun ini akan menerima manfaat dari SSPN seperti manfaat kesihatan dan juga pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM6000 setahun. Malah, jika anak-anak akan membuat pinjama PTPTN, mereka memerlukan akaun SSPN terlebih dahulu.

Baca Juga: Tips sediakan simpanan untuk keluarga

ASB

Amanah Saham Bumiputera juga merupakan akaun yang sesuai untuk dijadikan sebagai akaun simpanan masa hadapan. ASB juga akan memberikan dividen setiap tahun. Malah, Permodalan Nasional Berhad atau PNB telah memperkenalkan skim amanah saham yang terbaru bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Oleh itu, jika anak-anak menerima duit raya, kumpulkan dan simpan dalam Amanah Saham Bumiputera ini pasti akan menguntungkan masa depan anak-anak.

.

Jadi, anda boleh mula menyimpan duit raya anak-anak ya. Jika anda terguna pastikan cepat-cepat ganti ya,

.

.