Select Page

Tahun 2020 cukup mencabar untuk kita lalui memandangkan ekonomi terjejas akibat penularan COVID19 di seluruh dunia. Bagi yang mempunyai keluarga, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga  termasukalah dari segi kestabilan kewangan keluarga. Terdapat beberapa tips sediakan simpanan untuk keluarga agar segalanya sedikit terjamin di masa hadapan.

.

Tips Sediakan SImpanan Untuk Keluarga:

Jangan Guna Kad Kredit

Bagi mereka yang kurang berdisiplin, penggunaan kad kredit adalah BIG NO untuk mereka amalkan. Walaupun kad kredit memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti cashback, rebat dan juga kadar potongan diskaun yang istimewa, bagi mereka yang kurang mahir menggunakannya dan tidak berdisiplin ia seakan-akan jerat kepada aliran kewangan mereka. Maka, jangan gunakan kad kredit anda melainkan anda betul-betul terdesak.

.

Makan di rumah

Tak salah untuk kita membawa keluarga menikmati makanan di luar. Namun, jika kerap dan ianya berlaku setiap hari, ia boleh mengganggu profil kewangan keluarga anda. Makan di luar memerlukan kos yang sangat tinggi terutama bagi kita yang  berkeluarga kerana mempunyai jumlah ahli yang agak ramai. Maka, jika dahulu anda gemar makan di luar, sekarang kerapkan memasak dan wang yang selalu digunakan untuk perbelanjaan makan di luar di simpan ke dalam tabung. Tetapi sekali sekala belanja juga keluarga makan di luar ya.

Restaurant, People, Eating, Socializing, Socialize

.

Tukar Gaya hidup

Ada di antara kita yang selalu mengamalkan gaya hidup yang agak mahal seperti  sentiasa berbelanja besar di shopping mall bersama keluarga setiap minggu, kerap bercuti di luar negara mahupun dalma negara, kerap membeli dan membelanja wang untuk kopi yang mahal. Bagi menyediakan simpanan untuk keluarga, anda perlu menukar gaya hidup tersebut. BAgaimana? Sekiranya anda kerap berbelanja besar di shopping mall bersama keluarga, tukarkan kepada aktiviti meluangkan masa bersama keluarga di rumah mahupun ke taman yang tidak memerlukan kos yang banyak. Sekiranya anda gemar minum kopi mahal seperti Starbuck, anda boleh membeli peralatan dan brew kopi di rumah. MAlah sekiranya anda gemar bercuti, kurangkan aktiviti tersebut dan luangkan masa di rumah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti-yang menarik.

.

Berbelanja barangan dapur secara sederhana

Bagi mengelakkan terbelanja lebih ketika membeli barangan dapur, pastikan anda menulis barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda ke pasaraya setelah mempunyai lebih 10 barangan dalam senarai. Hal ini bagi memastikan juga penjimatan kos minyak, told an lain-lain.  Tidak salah reward diri dengan membeli makanan ringan kegemaran tapi berpada-pada ya.

Family, Shopping Center, Purchase, Food, Sweets

Family Shopping Center Purchase

Baca Juga: Apa perlu dilakukan sebelum gaji?

Simpanan Harian

PAsti anda pernah dengar tentang tabung hijau tabung oren dan macam-macam lagi kan? Tabung hijau mewakili tabung untuk duit RM5 yang anda boleh simpan setiap hari. Bagi sesetengah orang, menyimpan dalam jumlah yang besar agak membebankan mereka. Jadi cipta tabung harian agar and aboleh menyimpan sebanyak RM1, RM5 atau RM10 sehari.

.

.