Select Page

Restriction Movement Order(RMO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menjejaskan pembelajaran anak-anak memandangkan sekolah ditutup dan persekolahan hanya akan dibuka apabila keadaan betul-betul pulih. Para ibu bapa mula resah dan para guru pulak mula memikirkan pelbagai cara untuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tips pembelajaran di rumah snagat diperlukan agar mereka tidak terlalu “lost track”.

.

Berikut merupakan tips pembelajaran di rumah:

Selesaikan kerja rumah yang diberikan cikgu

Seperti yang kita sedia maklum, cikgu-cikgu telah mewujudkan group whatsapp bagi memudahkan urusan seperti menyampaikan maklumat penting. Para guru aktif memberikan kerja sekolahyang perlu dilakukan di rumah memandangkan PKP dilanjutkan. Maka, siapkan kerja rumah yang diberikan agar pembelajran di rumah lebih efektif

Book, Asia, Children, Boys, Education

.

Menonton Video

Ada guru memberikan link video-video untuk dijadikan bahan pelajaran di rumah. Minta anak untuk membuat catatan semasa menonton video. Hal ini boleh membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

.

Tempat Pembelajaran Kondusif

Menyediakan tempat pembelajaran kondusif untuk anak-anak. Seperti mereka yang bekerja dari rumah juga, elakkan melakukan kerja rumah atau melakukan aktiviti pembelajaran di tempat tidur. Anak-anak juga akan lebih bersemangat untuk melakukan kerja rumah sekiranya tempat pembelajaran menarik dan kondusif

Notebook, Workplace, Desk, Iphone

.

Kurangkan kritikan

Bagi memastikan anak-anak kekal bersemangat dalam pembelajaran sepanjang PKP ini, ibubapa haruslah mengurangkan kritikan-kritikan negative. Sekiranya anak melakukan kesalahan, jangan berikan kata-kata yang negative. Sebaliknya, berikan semangat dan sokongan agr kesalahan yang dilakukan tidak akan berulang lagi. Bagi mereka panduan dan tunjuk ajar

.

Jadual Belajar

Ibu bapa boleh menyediakan jadual belajar untuk anak-anak agar aktiviti dan kerja rumah lebih teratur. Pastinya para guru akan memberikan kerja rumah mengikut subjek, ibu bapa haruslah kreatif dalam menentukan masa-masa yang sesuai untuk mereka melakukan kerja-kerja rumah tersebut. Pastikan anak-anak siap melakukan kerja sekolah mengikut masa yang diberikan.

Baca Juga: Kawal emosi dan tekanan sepanjang PKP

Sesi Pembelajaran Yang Seronok

Cuba sediakan sesi pembelajaran yang menyeronokkan seperti menyediakan hidangan ringkas, hidangan kegemaran anak-anak, kerana sesi pembelajaran yang panjang akan menyebabkan anak-anak menjadi lapar dan hilang focus. Jika mereka hilang focus, sukar untuk mereka menyelesaikan kerja sekolah tersebut.

Child, Kid, Play, Study, Color, Learn

.

PKP bukan cuti. Justeru ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengikuti kerja sekolah dan aktiviti pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar mereka tidak ketinggalan apabila tiba masa persekolahan dibuka nanti.

.

.