Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu dari Rukun Islam . Setiap Muslim wajib berpuasa. Maksud puasa dari Bahasa Arab ialah, “Menahan diri” manakala dari segi sitilah syarak ialah menahan dir daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar shadiq sehingga Maghrib. Ibu bapa dan anak pasti teruja untuk berpuasa . Namun, bukan mudah untuk melatih kanak-kanak untuk mula berpuasa. Tiada masalah untuk kanak-kanak berpuasa akan tetapi ibu bapa haruslah membantu dan memantau keadaan anak setiap hari. Jadikan berpuasa sebagai pengalaman yang menarik buat anak-anak anda. Jum kita ikuti tips latih anak kecil agar seronok berpuasa.
.
Berikut merupakan tips latih anak kecil agar seronok berpuasa:
Terangkan kepada Anak
Terangkan kepada anak-anak apakah yang dimaksudkan dengan berpuasa secara ringkas dan mudah difahami oleh mereka seperti menahan lapar dan dahaga. Selain itu, terangkan juga kepada anak kelebihan-kelebihan yang akan mereka perolehi sekiranya berpuasa.
.
Mula Perlahan-lahan dan Berperingkat
Tips yang paling penting adalah tidak memaksa. Biarkan anak anda berpuasa secara berperingkat. Sekiranya pada hari puasa pertama, anak-anak tidak dpaat meahan rasa lapar, biarkan mereka berbuka pada jam 10 pagi, pada hari kedua berpuasa sehingga zohor dan seterusnya. Sekiranya anak-anak boleh bertahan sehingga Maghrib, itu merupakan kejayaan buat mereka!
.
Puji Usaha Mereka
Sentiasa puji dan mneghargai usaha mereka bagi menaikkan semangat. Sediakan makanan kegemaran mereka wkatu berbuka sebagai ganjaran atas kejayaan mereka berpuasa meskiopun berpuasa sehingga Zohor atau sehingga Maghrib.
.
Jangan Skip Sahur
Sahur merupakan amalan sunnah dalam bulan Ramadhan. Sahur juga penting bagi memastikan kita bertenaga sepanjang hari. Maka, ianya sangat penting untuk memastikan anak sentiasa bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Jika mereka mngadu mengantuk dan taknak bersahur. Jangan percaya ya, angkat sahaja mereka ke meja makan.
.
Tidur Awal
Pastikan anak-anak tidur awal agar mereka bangun sahur. Sebelum tidur, sentiasa bercerita pada mereka tentang keberkatan Ramadhan dan sentiasa bekalkan mereka dengan susu bagi memberi kalsium kepada tumbesaran mereka.
Baca Juga:Tips kekal bertenaga ketika terawih
Sorok Makanan Kegemaran Anak
Sorokkan makanna kegemaran anak pada waktu siang seperti aik-krim, coklat, air kesukaan anda dan makanan yang mejadi kesukaan mereka agar mereka tidak bersa terliur. Alihkan perhatian mereka dengan sama-sama membaca Al-Quran, menunaikan solat dan pelbagai aktiviti lain lagi.
.
Perbanyakkan berdoa agar Allah SWT agar dipermudahkan semua urusan . Semoga anak-anak kita Berjaya mengharungi tempoh sebulan Ramadhan dengan jayanya. Semoga tips latih anak kecil agar seronok berpuasa ini dpaat dimanfaatkan oleh para ibu bapa.
.
.
Recent Comments