Select Page

Ramai yang akan merasa mengantuk apabila tiba waktu solat sunat Terawih. Berasa penat, mengantuk, tidak bermaya sehingga mengganggu solat kita dan menyebabkan kita tidak khusyuk. Sayang sangat kan kalau terjadi begitu kerana solat sunat Terawih Cuma dapat dilakukan sekali setahun sahaja. Maka, apakah tips kekal bertenaga dan tidak mengantuk ketika terawih?

.

Tips kekal bertenaga dan tidak mengantuk ketika terawih?

Qailullah

Qailullah sangat membantu dalam solat malam. Qailullah merupakan salah satu sunnah yang boleh di amalkan tetapi jangan disalah guna pula dan dijadikan alasan untuk tidur sepanjang hari pada bulan Ramadhan. Ia ada batas dan kadarnya, jangan menjadikan ia sebagai alasan untuk malas bekerja dan beribadah. Dengan tidur sekejab sebelum atau selepas Zohor, kita akan lebih berteanaga dan tidak mengantuk ketika menunaikan solat Terawih

.

Bersiwak

Bersiwak merupakan sunnah Nabi SAW yang sangat digalakkan untuk diamalkan. Jika kita teliti kehidupan Nabi SAW, kita akan dapati siwak merupakan sunnah yang sentiasa baginda SAW lazimi baik di rumah, masjid ataupun ketika bermusafir. Dengan bersiwak, mulut kita menjadi bersih dan juga tidak berbau. Oleh itu, siwak membantu dalam kekhusyukkan solat. Jika kita khusyuk, insyaAllah kita tidak akan mudah letih.

Cat, Sleep, Tabby, Kitten, Cute, Animal, Pets, Fur

.

Atur Makanan Berbuka

Hidangan yang banyak ketika berbuka boleh menyebabkan perut kita bekerja terlalu sukar dan payah. Maka, tubuh kita akan menjadi cepat penat dan letih, otak kita pula sukar untuk menumpukan perhatian dan mata pula akan menjadi mengantuk. Jadi, solat Terawih yang kita lakukan dalam keadaan mengantuk. Maka , atur makanan dan minuman kita ketika berbuka. Berbuka secara ala kadar sahaja. Selesai solat Terawih kita boleh bermoreh.

Sushi, Japan, Salmon, Fish, Japanese, Food, Rice, Eat

Baca Juga: Panduan Solat Terawih di Rumah

Jauhi perbuatan dosa dan Maksiat di siang hari

Perbuatan dosa dan maksiat haruslah dijauhi tidak kira ketika bulan Ramadhan atau pun bukan. Menjaga diri dari perbuatan dosa di siang hari pada bulan Ramadhan, akan membantu kita untuk menunaikan solat malam. Banyak ungkapan pasa salafus soleh yang mengatakan bahawa perbiatan dosa di siang hari merupakan penghalang utama solat kita pada waktu malam.

.

Semoga tips kekal bertenaga dan tidak mengantuk ketika terawih ini dapat memberikan manfaat kepada kita dan dapat diamalkan sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini.

.

.