Select Page

Musim durian telah tiba lagi! Buat penggemar durian pastinya tertunggu-tunggu untuk membeli dan merasa raja buah tersebut. Peniaga buah durian bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, di amna-mana sahaj boleh ditemui. Bau durian yang kuat tidak kirala jenis durian musang king,IOI, durian d-24 mahupun durian kampong, baunya tetap sama. Ia nya akang ingin n memberikan masalah kepada mereka yang ingin membawa pulang durian tersebut dengan kereta. PAsti berbau kereta! JAngan risau okay! Kita ada tips hilangkan bau durian dalam kereta

.

Berikut merupakan tips hilangkan bau durian dalam kereta:

1. Tangkai durian

Jangan buang tangkai durian ya. Simpan tangkai durian dan belah dihujungnya. Kemudian letakkan tangkai tersebut di air cond kereta. Pasti bau durian yang menyengat akan hilang.

.

2. Arang

Biasa kita dengar mak-mak letak arang dalam peti bagi menghilangkan bau yang kurang enak dalam peti kan? Kaedah ini boleh diguna pakai untuk membuang bau durian yang mneyengat di dalam kereta. Tinggalkan arang di dalma kereta beberapa hari pasti bau tersebut akan hilang.

Baca Juga: Tanaman Hiasan yang bahaya

3. Soda bikarbonat

Bagi mereka yang selalu membuat kek pasti bahan ini akan sentiasa ada di ruangan dapur kan? Tahu tak anda bahawa ia bukan sahaj boleh digunakan untuk membuat kek tetapi boleh menjadi agen penyah bau. Letakkan bekas berisi soda bikarbonat selama beberapa jam di dalam kerata. Pasti bau durian akan hilang

.

4. Daun Pandan

Ayah-ayah di kampong bias amenggunakan daun pandan bagi memberikan bau yang wangi di dalam kereta. Daun pandan memang wangi kan, dan ia boleh menyerap bau yang kurang enak. Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam kereta dan bau durian tersebut pasti akan hilang

.

5. Serbuk Kopi

Serbuk kopi juga boleh menjadi bahan untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta. Bungkuskan serbuk kopi dan letakkan di dalam kereta. Baud an aroma dari kopi itu akan menyerap bau durian yang kurang enak dan meneutralkan bau.

Coffee, Cup, Coffee Beans, Coffee Cup, Beans

.

6. Roti Putih

Roti merupakan salah satu bahan yang boleh menyah bau-bauan yang kurang enak. Ambil satu atau dua keeping roti dan letakkannya di dalam kereta. Biarkan untuk beberapa hari atau selama  2 hari. Ia akan menyerap bau durian yang melekat pada kereta anda dan akan mengeras. Terus buang ya roti tersebut.

.

.