Select Page

Bagi mereka yang mempunyai hobi bercucuk tanam, tinggal di rumah tinggi iaitu apartment merupakan satu cabaran untuk melakukan hobi mereka. Ruang yang terhad dan tiada tanah untuk bercucuk tanah kebiasaannya menjadi alasan utama untuk mereka melupakan hobi mereka. Namun, tahukah and aterdapat banyak jenis tanaman yang tidak memerlukan ruang yang esar Cuma anda perlu lebih kreatif dalam menyusun dan menanamnya. Maka, sebenarnya and aboleh memulakan semula hibi anda bercucuk tanam meskipun tinggal di apartment. Apakah tips cucuk tanam di rumah apartment?

.

Tips cucuk tanam di rumah apartment:

Bekas Yang Ringan

Sekiranya anda tinggal di rumah apartment, pilihla bekas tanamana yang ringan bagi mengelakkan risiko pas terjatuh dan akan memberikan kecederaan kepada orang lain. Pilih pasu plastic, selain bersesuaian dengan kawasan rumah kita ia juga murah! Selain itu, anda juga boleh menggunakan botol. Tetapi hanya botol minuman dang red makanan sahaja.

Canton, Xiao Zhou, Beer, Wall, Bottle, Vase, Decoration

.

Penanaman Vertikal

Ruang yang terhad dan terbatas boleh di atasi dnegan menggunakan cara penanaman vertica; atau secara bertingkat. Tetapi, jangan terlalu tinggi ya, 2 hingga 3 tingkat sudah cukup untuk tanaman menggunakan kaedah ini. Kaedah ini sesuai  untuk digunakan di rumah apartment kerana mengambil kira factor ruang, kesesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan juga tarikan grativit. Sawi, kangkung, pegaga  dan bayam merupakan tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Flowers, Pot, Flowerpot, Plant, Pots, Garden

.

Tempat bercahaya

Sekiranya rumah ada mempunyai balkoni, gunakan ruang tersebut untuk bercucuk tanam memandangkan kawasan balkoni sentiasa mendapat cahaya matahari. NAmun, sekiranya rumah anda tidak mempunyai balkoni, anda boleh mencari ruangan di hadapan pintu rumah yang mendapat cahaya pagi atau petang.

.

Lapik Pasu

Ini merupakan tips penting untuk bercuuck tanam di kawasan rumah apartment. Letakkan lapok pasu pada setiap pasu bagi mengelakkan air mengalir di atas lantai atau jatuh menitik ke rumah bawah. Namun, keraplah mengeringkan air di lapik takungan agar nyamuk tidak bertelur

Baca Juga: Bekerja Dari Rumah Dengan Effektif

Baja bebas bau busuk

Pilih baja yang tidak mempunyai bau yang busuk seperti  baja kimia mahupun baja organic  seperti kompos ataupun tinja haiwan yang telah diproses. Bau yang kurang menyenangkan akan mengganggu jiran-jiran memandangkan kedudukan rumah apartment berdekatan antara satu sama lain. Tidak eloklah jika kita memenuhi kehendak hobi kita sehingga mengabaikan keselesaan orang sekeliling.

.

Jadi, anda boleh mengikut tips cucuk tanam di rumah apartment ini meskipun anda berada dikawasan bandar.

.

.