Select Page

Apa itu gastrik? Gastrik merupakan salah satu masalah yang boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan juga ulser perut atau peptic pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk keadaannya berbanding gastritis). Menurut Dr Zubaidi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang mana fungsinya ialah untuk mencerna makanan. Asid ini bersifat kuat dan jika terkena tangan, kulit kita akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.Apakah tanda-tanda gastrik yang perlu kita tahu?

.

Antara tanda-tanda gastrik yang perlu kita tahu ialah:

1. Ketidak selesaan pada perut atau sakit perut pada bahagian atasperut atau abdomen)

2. Rasa senak, berangin atau pedih

3. Rasa tidak selesa

4. Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

5. Rasa mual (loya) dan muntah

6. Hilang selera makan

7. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Sekiranya terlampau teruk, ulser perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan ianya boleh dilihat dalma 2 bentuk iaitu najis yang hitam seperti air tar dan juga muntah yang mengandungi darah atau bewarna gelap seperti kopi

Apakah rawatan untuk masalah gastrik?

Terdapat 3 jenis ubat untuk gastrik yang digunakan bagi merawat masalah gastrik iaitu :

1. Antasid – ubat ini bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

2. Antagonis H2 –ubat ini berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

3. Perencat pam proton (PPI) – ubat ini diberikan bagi tujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Menurut tulisan Dr Zubaidi, masalah yang sering berlaku apabila pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang. Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai, kata Dr zubaidi

Disease, Medicine, Health, Medication, Pain, Tablet

Baca Juga: Fakta Tentang Trypophobia

Berikut merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan gastrik berlaku:

1. Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

2. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

3. Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).

4. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

5. Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

6. Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

7. Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

8. Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad