Select Page

Kempen kesedaran terhadap suntikan vaksin imunisasi kanak-kanak giat dilakukan. Ia merupakan inisiatif dari pihak kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin bulanan percuma abgi melindungi kesihatan masyarakat agr sentiasa bebas dar pelbagai jenis penyakit berjangkit. Terdapat beberapa suntikan vaksin yang wajib diambil oleh kanak-kanak.

.

Harga vaksin boleh mencecah ratusan ringgit. Namun, ia diberikan secara percuma di Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.

Antara suntikan vaksin yang wajib diambil oleh kanak-kanak ialah:

Vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG)

Vaksin BCG ini diberikan setelah bayi lahir. Vaksin ini berfungsi sebagai perlindungan kepada tubuh badan kanak-kanak atau bayi tersebut dari penyakit tuberkukulosis ataupun dikenali sebagai batuk kering

.

Hepatitis B

Vaksin Hepatitis B terbahagi kepada vaksin bayi dan juga dewasa.

  1. Vaksin Hepatitis untuk bayi
  • Suntikan vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 kali
  • Dos yang pertama diberikan selepas kelahiran bayi
  • Dos yang kedua diberikan pada bulan kedua kelahiran bayi
  • Dos yang ketiga akan diberikan kepada bayi pada bulan keenam kelahiran

.

2. Vaksin Hepatitis untuk orang dewasa:

  • Dos yang pertama diberikan pada tarikh yang dipilih
  • Dos yang kedua akan diberikan dalam tempoh sebulan selepas tarikh pertama
  • Dos ketiga diberikan selepas 6 bulan daripada tarik yang pertama

.

DTap (Difteria, Tetanus dan Pertussis)

Vaksin ini juga terdapat untuk bayi dan juga orang dewasa

  1. Vaksin DTap untuk bayi
  • Vaksin untuk bayi mempunyai sebanyak 3 suntikan
  • Suntikan pertama akan diberikan pada bulan kedua kelahiran
  • Suntukan kedua pada bulan ketiga kelahiran
  • Manakala suntikan ketiga akan diberikan pada bulan kelima kelahiran
  • Suntikan tambahan juga akan diberikan pada bulan ke- 18 kelahiran
  • Kanak-kanak 7 tahun dan juga 15 tahun akan diberikan suntikan tambahan untuk vaksin difteria dan tetanus.

.

2. Bagi orang dewasa, suntikan vaksin ini disarankan untuk di ambil setiap 10 tahun

  • Kebiasaannya ia akan ditawarkan dalam bentuk pakej bersama dengan vaksin HiB, Polio dan juga Hepatitis B

.

Vaksin HiB

Haemophilus influenza B boleh menyebabkan jangkitan di telinga dan juga bronchitis. Terdapat 3 suntikan untuk bayi dan juga suntikan tambahan

  • Suntikan pertama pada bulan kedua kelahiran
  • Suntikan kedua pada bulan ketiga kelahiran
  • Manakala, suntikan ketiga pada bulan kelima kelahiran
  • Satu suntikan tambahan akan diberikan pada bulan ke -18 kelahiran
Vaccination, Doctor, Syringe, Medical, Health, Needle

.

Vaksin Polio

Penyakit polio boleh mneyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit dan juga boleh membawa kepada kematian akibat otot pernafasan yang gagal berfungsi. Terdapat 3 suntikan dan juga suntikan tambahan untuk bayi.

  • Suntikan pertama pada bulan kedua kelahiran
  • Suntikan kedua pada bulan ketiga kelahiran
  • Manakala, suntikan ketiga pada bulan kelima kelahiran
  • Satu suntikan tambahan akan diberikan pada bulan ke -18 kelahiran

.

MMR (Measles, Mumps & Rubella)

Vaksin ini memberikan perlindungan kepada bayi dan kanak-kanak daripada penyakit campak, beguk dan juga rubella.Terdapat 3 suntikan untuk bayi dan juga suntikan  tambahan

  • Dos pertama diberikan kepada bayi pada bulan kesembilan kelahiran
  • Dos kedua pada bulan ke-12 kelahiran amnakala bayi yang lahir di Sabah, suntikan campak akan diberikan pada bulan keenam kelahiran
  • Kanak-kanak yang berusia 7 tahun akan diberikan suntikan tambahan  untuk vaksin campak dan rubella

BAgi orang dewasa yang berumur 18 hingga 24 tahun, mereka disarankan mengambil suntikan ini dengan 1 atau 2 suntikan selang sebulan

Baca Juga : Immune booster semualajadi anak-anak

Selain vaksin yang yang diberikan percuma ini, terdapat vaksin tambahan lain seperti pnemukokal, vaksin meningokokal. Vaksin ini tidak diberikan secara percuma dan anggaran harga di antara RM150-Rm300.

.

.