Select Page

Rasulullah SAW sentiasa berada dalam keadaan yang sihat meskipun memikul tugasan yang berat dan sangat mencabar. Berbeza dengan keadaan kita pada zaman sekarang di mana mmenghidap pelbagai penyakit. Dalam semua aspek kehidupan kita, kita seharusnya mencontohi amalan-amalan atau Sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kerana dengan menghidupkan sunnah Nabi akan memberi banyak kelebihan dan juga memperbaiki kerosakan malah kita memperolehi pahala. Apakah sunnah Rasulullah SAW untuk kesiahtan diri baginda yang sering di amalkan?

.

Bangun sebelum Subuh

Rasulullah SAW sentiasa mengajak umatnya untuk mengamalkan sunnah bangun sebelum waktu Subuh supaya kita boleh melaksanakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat Tahajjus, SOlat Taubat dan juga solat Subuh secara berjemaah.

Banyak manfaat apabila kita bangun sebelum SUbuh. Selain mendapat pahala, kita mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja dan berpeluang menghirup udara segar di waktu pagi.

Baca Juga: Panduan Lengkap Solat Tahajjud

Menjaga Kebersihan

Seperti yang kita sedia maklum, kebersihan merupakan separuh daripada iman. Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Pada setiap Khamis dan Jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat dan memakai wangi-wangian

Bath, Shower, Bathroom, Clean, Hygiene, Cleanliness

.

Gemar Berjalan Kaki

Tahukah anda, Rasulullah SAW sering berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan ketika mengunjungi rumah sahabat Baginda. Ketika kita berjalan kaki, peluh alan mengalir da perdaran darah kita juga akan berjalan lancer. Hal ini penting untuk kesihatan jantung kita dan boleh mencegah penyakit jantung,

Berbeza dengan keadaan kita zaman sekarang, kita lebih gemar untuk menaiki kenderaan meskipun ke destinasi yang jaraknya dekat sahaja..

.

Tidak makan berlebihan

Ada tiga ruang untuk tiga perkara dalam tubuh badan manusia iaitu sepertiga darinya untuk udara,  sepertiga darinya untuk air dan sepertiga lagi untuk makanan. Kita sering digalakkan untuk berpuasa sunat dan ia adalah seolah-olah pendidikan untuk umat Islam terutama berpuasa pada bulan Ramadhan agar tidak berlebihan dalam makan.

Watermelon, Summer, Little Girl Eating Watermelon, Food

.

Pemaaf

Mempunyai sifat pemaaf atau dengan memaafkan orang lain boleh membebaskan diri kita dari dilanda rasa marah. Marah adalah suatu perkara yang melekat pada hati dan menjejaskan kesihatan kita. Maka, maafkan mereka yang melakukkan kesalahan pada kita kerana pasti badan kita akan sihat.

Semoga dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW untuk kesihatan diri ini, hati kita akan semakin dekat dengan Nabi yang sangat kita rindui

.

.