Select Page

TIPS SAYA BANGUN AWAL – UBAH RUTIN DAN CARI GENG BANGUN SAMA AWAL BUATKAN SUAMI KAGUM

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke 4 saya mula rutin Kelab 5 Pagi.

Matlamat tahun 2020 saya antaranya ialah bangun awal pagi kerana saya terbaca habit orang berjaya adalah mulakan the Golden Routine awal pagi.

Selama ini, bangun Subuh pun suami yang kejutkan – punyalah rasa susah nak bangkit awal pagi 😅. Bila ada hari yang terjaga awal, it was wasted for browsing through phones, messages and emails pula. Haih… Rasa nak ketuk kepala sendiri sebab ‘Screenagers’ sangat kan.

Tips bangun awal pagi

Alhamdulillah sejak join jemaah Kelab 5 Pagi dan follow method SWEAR yang Coach Siti Nur’ Rahmah perkenalkan ini, terus rasa ehhhh senangnya nak ikut dan surprisingly tidaklah mengambil masa yang lama pun untuk saya execute.

Lebih-lebih lagi bila ada Jurnal Kelab 5 Pagi yang awesome ini untuk keep track my habit and achievement everyday. (boleh pre-order dan dapatkan di http://bit.ly/Kelab5pagiSWEARJournal)

Suami kagum. Yang best tu, sampai encik suami pun kagum bini dia ni bangun awal pagi siap bersenam and kejutkan dia untuk jemaah ke surau. 😂😂😂. Siap puji bini dia ni sebab kenal sangat pe’el susah nak bangkit pagi tu. Kembang cheq.. Haha.. But seriously, it is an achievement for me and him! Syukur, alhamdulillah..

Saya kongsikan serba sedikit amalan saya dengan method SWEAR ini untuk reference anda yang baru hendak bermula:

🌸S – Solat/Silence
Ambil masa around 15 minit untuk solat sunat tahajud, taubat dan hajat. Me time dengan Allah sebelum hari yang sibuk bermula.

🌸W – Writing
Tulis 3 hingga 6 perkara yang kita syukuri, 3 perkara yang ingin dicapai hari itu, 1 cara bagaimana membuatkan hari ini lebih baik berbanding semalam, dan to do list hari tersebut.

Tulis juga apa pengajaran daripada pembacaan pagi itu dan tulis 4 ‘positive affirmation’ untuk diri sendiri. I took about 15 minutes to do this.

🌸E – Exercise
Terpulang nak senaman setiap hari atau tetapkan beberapa kali seminggu. You know your body and youurself better. Yang penting anda bermula.

Bagi saya, permulaan senaman 2x seminggu sudah cukup baik kerana saya bukanlah insan yang konsisten senaman.

Namun bila break it down kepada 2 hari seminggu je, ia nampak mudah dan lebih achievable untuk saya lakukan. Saya buat skipping atau simple yoga. 15 minit sahaja setiap kali.

🌸A – Affirmation
Jarang kan kita sebut perkara yang baik-baik kepada diri sendiri? Pakar motivasi kata, kalau sayang diri, ucapkan kata-kata positif kepada diri sendiri setiap hari.

Dengan rutin A ini, setiap hari saya set kan diri dan minda saya dengan doa yang baik-baik tanpa saya sedari. Saya letak tangan kanan pada jantung, deep breathing dan sebutkan 4 perkara yang baik kepada diri saya.

Contoh affirmation: I am Healthy, I am Focus, I am Financially Free, I am Brilliant and Wonderful. Anything you wanted to say to yourself.

Kini Kelab 5 Pagi Journal di Kedai Online Popular

Lagi best kalau saya pairkan dengan sedut aroma terapi essential oil seperti Believe dan Magnify Your Purpose, efeknya masyaAllah… Lain macam! Aktiviti ini 5 minit sahaja.

🌸R – Reading
Baca apa sahaja. Al-Quran, buku motivasi, buku catatan daripada kelas-kelas yang pernah dihadiri – apa sahaja. Niatkan apa yang kita baca itu memberi pengajaran untuk diri kita.

Saya ambil masa 10 minit untuk membaca al-Quran right after solat sunat dan 20 minit bacaan ringan di dalam LRT ke tempat kerja.

Selepas membaca, saya tuliskan sekurang-kurangnya 1 pengajaran yang saya dapat daripada pembacaan saya itu.

Alhamdulillah setakat hari ini, rutin SWEAR ini memberi kesan yang sangat baik at least kepada saya dan keluarga saya. Tiba-tiba saja saya rasa saya ada banyak masa dengan anak-anak, kawan-kawan, bisnes dan pekerjaan saya lebih teratur.

Lebih best lagi setiap hari saya buat sesi Muhasabah diri atau dalam jurnal Kelab 5 Pagi ini disebut sebagai ‘Evening Check In’.

Sebelum tidur saya list down:
-3 perkara yang terjadi kepada hidup saya hari itu
-3 pengajaran atau teladan kepada saya hari itu
-dan minima 1 matlamat saya untuk saya capai keesokannya.

Semua ini saya jot down dalam jurnal ini 1 mukasurat sahaja setiap hari!

Thank you for producing this awesome journal and recruiting people to become early risers, Rahmah!

Untuk anda yang rasa it’s time to change, jemput join FB group Kelab 5 Pagi, ajak suami, jiran, kawan baik anda sekali dan click share tulisan saya ini supaya lebih ramai lagi orang yang mendapat manfaatnya.

InsyaAllah semoga kita terus istiqomah menjadi lebih baik dari hari ke sehari. ðŸ˜˜

Ain Suffian
Dulu susah nak bangun pagi