Select Page

Geramnya baru kemas dah sepah balik! Pernah alami situasi ini? Anak-anak dalam tempoh membesar akan menjadi snagat lasak dan panjang akalnya. Pasti ada sahaja idea-idea permainan pelik mereka. NAmun, jangan risau ya mama, anak-anak yang lasak kebiasaannya sangat bijak! Rumah bersepah bukti otak anak berkembang? Betul atau tidak?

.

RUmah bersepah bukti otak anak berkembang. Kenapa rumah bersepah dikira bukti otak mereka sedang berkembang?

Tidak terdedah dengan keburukan gadjet

Jika anak didedahkan dengan ‘screen time’ terlalu lama, anak-anak akan kurang bermain. Sememangnya rumah kita akan bersih dan kemas tetapi ia memberikan kesan buruk kepada anak kita. Gadjet tidak mampu merangsang otak anak kita. Jika perkara ini berlaku,cepat-cepat ubah aktiviti anak agar ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada tumbesarannya.

.

Tidak Memusnahkan kemahiran anak

Menonton televisyen dapat memberikan kelegaan kepada mama-mama kerana rumah tidak bersepah dengan mainan anak yang banyak. Namun, menonton televisyen secara berlebihan juga sama seperti kesan bermain gadjet, otot-oto mata kita akan berasa letih kerana terlalu lama focus dengan skrin berwarna tersebut. Malah, ia akan membuatkan dua deria paling penting terganggu untuk anak-anak memberikan focus.

Tv, Kids, Cartoons, Movie, Toys, Entertainment, Cartoon

.

Mengelakkan Tantrum

Apabila anak menyepahkan rumah dengan mainan mereka, tenaganya digunakan. Sekiranya tenagan mereka tidak digunakan, mereka akan menjadi resah dan gelisah. Apabila mereka tidka dapat menunjukkan keresahan mereka, mereka akan mula mengamuk atau dipanggil tantrum. MAka, hadkan  masa menonton TV dan biarkan anak-anak bermain walaupun makayah terpaksa berhadapan dengan rumah yang bersepah. Selesai bermain, minta mereka kemaskan semula permainan ya.

Baca Juga : 5 Idea Permainan DIY untuk Kanak-kanak

Kreatif

Apabila anak-anak bermain, mereka mula meningkatkan kemahiran kreativiti mereka. Akal mereka yang panjang akan mencipta pelbagai aktiviti dengan permainan yang mereka ada. Sebagai ibubapa, kita biarkan sahaja mereka dengan dunia dan imaginasi mereka. Rumah yang bersepah dengan permainan anak dapat membuktikan otak anak berkembang. Jangan lupa untuk terapkan dalam diri anak sikap disiplin iaitu mengemas semula permainan setelah siap bermain.

.

Maka, ibu bapa jangan marah dan tertekan dengan keadaan rumah yang bersepah dek permainan anak. Itu tandanya anak kita sihat dan dan otaknya sedang berkembang. Sentiasa terapkan disiplin dalam diri mereka untuk kemaskan semula permainan tersebut setelah selesai bermain.

.

.

.