Select Page

Gegata atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai sopak garam , kelopak garam ataupun ada yang memanggil gegata ini sebagai ‘ludah jin’.  Gegata atau nama dalam Bahasa Inggerisnya , urticarial atau hives tiba-tiba boleh muncul secara tiba-tiba dan kulit pula akan jadi berbintat. Rasa tidak selesa dan stress bila gegata mula muncul pada badan apatah lagi jika kanak-kanak yang terkena bukan?Pasti rasa yang sangat tidak selesa. Apa sebenarnya punca gegata pada anak ini?

.

Terdapat dua jenis gegata menurut portat MyHealth iaitu

  • Urtikaria akut: terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang dari 6 minggu. ia boleh berulang pada sesetnegah orang dan akan hilang selepas 24-48 jam.
  • Urtikaria kronik: Jika ia berterusan lebih lama daripada 6 minggu
Disease, Medicine, Health, Medication, Pain, Tablet

.

Punca gegata pada anak:

1. Alahan Makanan

ALahan makanan kerap kali terjadi kepada kanak-kanak. Seperti alahan kepada kacang, buah-buahan, rempah, coklat ataupun kerang.

Fish, Allergy, Food, No Fishing, Symbol, Icon, Sign

.

2. ALahan Serangga

Alah terhadap sebarang gigitan serangga atau pun binatang menyengat

.

3. ALahan Ubat

Ada kanak-kanak yang alah terhadap ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit, dan jug alain-lain ubat

.

4. Jangkitan Virus

Terdapat jangkitan virus yang ringan  boleh menjadikan  munculnya ruam urtikaria seperti ketika selesema. Ia menunjukkan ada tindak balas terhadap virus.

.

5. Sentuhan Kulit

Urtikaria setempat boleh terjadi akibat daripada sentuhan kulit dengan sensitizer  pada sesetengah orang seperti bahan kimia , minyak wangi, kosmetik, ointment dan lain-lain lagi

.

Walaubagaimanapun, gegata tidak akan berjangkit dan tidak boleh berjangkit. Namun, gegata bersifat migratory iaitu tompok-tompok gatal akan berpindah dari bahagian tubuh ke bahgaian yang lain. Ia akan hilang dengans endiri dalam masa 24 jam dan tidak meninggalkan sebarang parut.

.

Mengikut statistic terdpaat 25% kanak-kanak pernah mengalami gegata sekurang-kurang sekali. Sekiranya anak-anak sedang mengalami masalah kesihatan, peratus untuk terkena penyakit gegata adalah tinggi.

Baca Juga: 9 Cara Mencerdaskan Otak

Apakah cara untuk mengatasi masalah gegata ini?

  • Sapu krim anti gatal
  • Elakkan menggaru
  • Tutup kawasan jangkitan dengan kain sejuk
  • Pakai pakaian yang longgar

.

Namun, gegata boleh bertukar menjadi bahaya sekiranya disusuli dengan pembengkakan mulut atau mata , rasa sesak nafas dan bertukar atau perubahan suara. Sekiranya ini berlaku, segera bawa anak-anak ke hospital untuk medapatkan rawatam dengan segera

Asthma, Inhaler, Medicine, Asthmatic, Medical

.

Hal ini kerana tanda –tanda tersebut menunjukkan berlaku pembengkakan dibahagian dalam badan dan risau jika ia menutupi saluran pernafasan.

.

.