Sepanjang tempoh PKP, ibu bapa mula bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah bersama anak-anak agak sukar bagi sesetengah ibu. Seketika kita sibuk bekerja, tapi tanggungjawab terhadap keluaraga harus dilakukan dan tidak boleh diabaikan terutama soal pemakanna anak-anak. Tidak mudah untuk seorang ibu menyediakan makanan bernutrisi untuk anak-anak. Profesor Madya Dr Mahendran Appukuty ada berkongsi pesanan untuk para ibu bapa. Apakah pesan pakar diet nutrisi tentang pemantauan diet anak di rumah?
.
Apakah pesan pakar diet nutrisi tentang pemantauan diet anak di rumah ialah :
Didik anak tentang COVID19
Pesan Dr Mahendran, terlebih dahulu didik anak-anak tentang Covid19. Apakah itu Covid19? Bagaimana ia amerebak? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita untuk mengelakkan jangkitan ini? Dan pelbagai lagi isu yang boleh kita bincangkan dan didik anak-anak mengenaik penularan wabak iini.
.
Jadual Makan Teratur
Menurut Profesor, kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai jadual makan yang teratur. Ada dalam kalangan mereka yang dibiarkan tidur sehingga tengahari dan terlepas sarapan pagi setiap hari. Apatah lagi dalma keadaan di mana sekolah di tutup. Situasi ini tidak elok untuk tumbesaran kanak-kanak dan akan mengganggu keseimbangan diet anak-anak. Diet anak yang sempurna dimulakan dengan jadual pemakanan mereka yang teratur. Maka, latih anak untuk mengikut waktu makan yang betul.

.
Kawal Pengambilan Makanan Anak
Jangan biasakan anak-anak dengan konsep free flow iaitu mereka bebas mengambil snek atau apa-aoa makanan di dapur sendiri pada bila-bila masa. Selain itu, ibu bapa harus memantau kandungan dan saiz makanan yang di ambil oleh anak-anak. Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat berkaitan pemakanan bagi anak-anak dar Persatuan Pemakanan Malaysia.
Baca Juga: Kesilapan ibubapa dalam membesarkan anak-anak
Masak Sendiri
New Normal yang pelru kita hadapi mungkin akan melektihkan sesetengah pihak terytama ibu-ibu yang mana mereka perlu memasak hampir setiap hari untuk makan tengahari, makan petang dan juga makan malam. Namun, ia memberikan banyak manfaat kepada kita. Bagi para ibu, peluang ini boleh digunakan untuk masak sendiri di rumah. Ia sangat menjimatkan dna sudah pasti anda tahu kadar kandungan makanan yang berkhasiat dan bersih.

.
Susu Melengkapkan nutrisi
Profesor Madya juga menggalakan pengambilan susu setiap ahri kerana ia boleh membantu melengkapkan keperluan tubuh anak-anak. Namun, pilihan utama untuk ibu-ibu haruslah susu segar ya. Selain dari itu, susu tepung full cream juga boleh digunakan sebagai alternative kerana kandungan nutrient di dalma susu tersebut mencukupi untuk anak-anak.
.
.
.
Recent Comments