Select Page

Kita masih lagi belum menemukan vaksin bagi virus Covid19 meskipun kes ini semakin rendah di Malaysia. Kini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan penularan penyakit Japanese Encephalitis atau JE yang telah dilaporkan di Pulau Pinang. Menurut kenyataan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, kes ini berlaku di Sungai Bakap. Apa yang perlu kita tahu mengenai penyakit ini dan apakah maksud sebenar JE?

.

Apakah Japanese Encephalitis?

Virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culicine iaitu  Culex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala  yang dijangkiti virus JE merupakan satu jenis penyakit  jangkitan virus kepada otak yang akan menjejaskan manusia dan juga binatang. Penyakit ini telah berlaku di beberapa negara Asia seperti Kemboja, China, Indonesia, India, Jepun, Nepal, Sri Lanka, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Korea, Thailand, Vietnam, yang merupakan negara yang mempunyai ternakan khinzir yang banyak dan juga mempunyai iklim yang panas menurut portal Myhealth

.

Vaksin bagi penyakit ini akan diberikan kepada penduduk yang  yang berisiko tinggi di sesuatu kawasan yang berlakunya wabak. Jika dilihat dalam Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin ini disenaraikan bagi mereka yang tinggal di Sarawak. Ia diberikan kepada bayi yang berumur 9 bulan dan ke atas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

.

Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata bahawa penyakit ini merupakan penyakit endemic iaitu penyakit yang sentiasa ada di sesuatu tempat meskipun tanpa pengaruh luar seperti di Sarawak. Walaubagaimanapun, kadang-kadang penyakit JE juga berlaku di negeri-negeri lain seperti kini  

.

Jangkitan ini mudah terjadi bagi kanak-kanak yang berumur 15 tahun dan ke bawah.

Child, Boy, Portrait, Children, People, Cute, Kids

Baca Juga: Suntikan Vaksin Yang Wajib Untuk Kanak-Kanak

Apakah Simptom bagi pneyakit Japanese Encephalitis atau JE ini?

Pneyakit Japanese Encephalitis ini tidak menunjukkan tanda ataupun gejala. Kebiasaannya, pesakit akan demam, sakit kepala dan juga loya dan muntah.

Terdapat beberapa tanda yang pelru diawasi dan ibu bapa harus alert iaitu:

  • Demam panas yang mendadak
  • Sakit kepala
  • Kejang leher
  • Koma
  • Sawan
  • Kelumpuhun spastik
  • Disorientasi
Medication, Child, Hurts, Got Sick, The Common Cold

.

Selepas beberapa hari, perubahan terhadapa mental, symptom nuerologi, lemah malah gangguan pergerakan akan mula muncul. Manakala, symptom sawan pula kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

.

Simptom ini akan dikesan oleh doctor dan para perawat melalui sampel darah yang di ambil ataupun air sum-sum tulang.

.

Apakah rawatan bagi JE?

Sehingga kini masih belum ada rawatan khusus untuk penyakit ini. Apa yang dilakukan ialah rawatan sokongan bagi mnegelakkan komplikasi yang lebih teruk. Namun, vaksin JE terbukti telah banyak membantu mengurangkan kes ini.

.

Virus JE sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kekal kepada otak dan membawa kematian. Malah kadar kematian pula boleh mencecah 3 dalam setiap 10 orang yang dijangkiti. 50% pesakit berkemungkinan akan mengalami gangguan perkembangan otak dan cacat badan sekiranya mereka sembuh.

.

Apakah Langkah –langkah Pencegahan?

.

Seperti mana kita mengelakkan diri dari dijanghkit denggi, begitu juga dnegan JE kerana ia merupakan penyakit bawaan nyamuk Apa yang boleh kita lakukan?

.

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh di ambil:

  • Menggunakan alat pencegah nyamuk
  • Memakai baju atau seluar panjang ketika keluar rumah
  • Mengelakkan pakaian berwarna gelap
  • Memasang layar pintu atau tingkap untuk mengelakkan nyamuk
  • Sentiasa bersihkan laman rumah untuk mengelakkan tempat pembiakan nyamuk
  • Kurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE.
Mosquito, Insect, Sting, Leech, Mosquitoes, Malaria

.

Jadi mak ayah tolong alert ya.

.

.