Select Page

Ramai mula sedar dan mengambil langkah-langkah berjaga dalam menangani penularan COVID19. Pelbagai cara dilakukan seperti penggunaan face mask, hand sanitizer dan ada juga yang mengambil langkah untuk menggunakan gloves ketika membeli barang, mengisi minyak, mengeluarkan duit di mesin ATM dan pelbagai lagi aktiviti di luar rumah. Namun, adakah penggunaan gloves adalah langkah yang bijak? Ramai pakar menyatakan penggunaan glove tidak digalakkan. Kenapa?

.

Mari kita lihat apakah sebab penggunaan glove tidak digalakkan:

Gambaran Palsu

Menurut pakar ia tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID19. Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban berkata, memakai sarung tangan bolej menimbulkan sedikit bahaya kerana ia akan memberikan gambaran palsu kepada pemakainya apabila menreka menyentuh sebarang permukaan.

.

Tambahnya lagi, seandainya seseorang itu telah menyentuh permukaan yang berdebu ataupun berminyak, sudah pasti kita akan terus membersihkan tangan. Namun, seseorang yang memakai gloves tidak dapat merasai dan ia memberikan gambaran palsu bahawa tangan kita bersih dan selamat.

Gloves, Surgical Gloves, Protective Gloves

.

Beri Keutamaan Kepada Frontliner

Dr Izwan Effendy Ismail iaitu Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 pula berkata, gloves atau sarung tangan harus diberi keutamaan kepada semua petugas hadapan terutama Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam mengekangi masalah penularan wabak ini. Katanya, orang ramai seharusnya mengikut sarana yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih menekankan garis panduan mencuci tangan, kebersihan diri dan jarak social.

.

Lebih Bahaya

Dr Say SHazril juga menegaskan bahawa penggunaan gloves lebih berbahaya. Katanya ia akan menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Dr Says memberi contoh ketika seseorang membeli barangan dapur di pasar raya dan mengenakan gloves, gloves yang sama juga digunakan untuk  untuk membuka pintu kereta, memegang stereng kereta, memegang nozzle pam minyak dan juga membuka tombol pintu rumah. Sekiranya ada virus pada gloves tersebut, kita telah menyebabkan penyebaran berlaku pada banyak tempat malah membahayakan ramai orang termasuk juga membayakan keluarga kita.

Baca Juga: Cara Cegah Covid19

Tidak Dibuang dengan Cara yang betul

Ramai antara kita yang tidak tahu cara pembuangan gloves. Malah ada dalam kalangan kita yang membuka gloves dan membuangnya ke dalam troli dan juga di tempat parking kereta. Hal ini membahayakan ramai pihak terutama pekerja pembersih yang terpaksa mengutip glove tersebut. Di permukaan gloves tersebut mungkin terdapat virus yang akan menjangkiti insan lain. Di hospital atau klinik, mereka mempunyai prosedur yang teretentu untuk membuang gloves yang digunakan dan penggunaannya pula hanya sekali sahaja untuk seorang pesakit.

Doctor, Op, Medical, Operation, Hospital, Instrument

.

Oleh itu, penggunaan glove tidak digalakkan ketika Covid19 kerana ia memberikan kesan yang buruk berbanding kesan yang baik dan tidak mencegah daripada penularan wabak ini

.

.