Select Page

Menangis merupakan satu keadaan yang biasa kita lakukan sekiranya emosi kita terganggu atau ketika berlakunya apa sahaja situasi dan keadaan sekeliling yang melibatkan  keadaan seseorang. Ia merupakan satu tindakan semulajadi yang kita laukan sekiranya berasa sedih, tertekan dana pa-sapa sahaja yang  menyentuh emosi kita. Namun tahukah anda, ada kebaikkan di sebalik tangisan?

.

Menurut lama social Public Health Malaysia, menangis memberikan kebaikkan kepada kita. Terdapat kebaikkan di sebalik tangisan yang dikeluarkan

.

ANTIBIOTIK SEMULAJADI

Tangisan merupakan satu keadaan tindak balas ketika sedih, gembira, kecewa atau apa saja yang menganggu emosi kita. Selepas menangis,bola  mata kita yang kering akan berasa dan kembali lembab. Malah mata kita juga akan bergerak dengan lancar. Air mata yang keluar mempunyai bahan anti kuman yang melindungi mata kita dari jangkita mata.

People, Man, Guy, Cry, Tears, Groom

.

Lysozome yang terdapat dalam air mata berfungsi sebagai antibiotic semulajadi. Selepas menangis, air mata akan mengalir ke rongga hidung kita dan akan menyebabkan ruang pernafasan bertambah lancar. Dan degupan jantung kita juga kembali normal. Pada ketika ini, anda akan berasa lega dan tenang

.

Apakah  kebaikkan menangis?

  • Malncarkan bebola mata
  • Memberi ketenagan hati dan jiwa
  • Melancarkan pernafasan
  • Membantu untuk tidur
  • Melindungi mata dari jangkitan bakteria
  • Menstabilkan degupan jantung

.

Daya ‘parasympathetic’ akan dirangsang oleh tangisan bagi membantu seseorang individu untuk bertenang. Sebab itulah, selepas menangis anda akan berasa segala kedukaan dapat diredakan dan anda juga akan mudah tertidur dan terlena. Sama juga dengan bayi atau kanak-kanak, selepas menangis, kebiasaannya mereka akan tertidur.

Eye, Manipulation, Tears, Art, Sad, Crying, Design

.

Selepas menangis hormone oxytocin dan juga hormone endorphins akan dirembeskan. Tahukah anda, hormone ini boleh membantu meredakan kesakitan fizikal dan juga emosi di samping mencipta rasa  kegembiraan dan keseronokkan.

Baca Juga : Khasiat Ulam Raja

Toksin yang menjadikan kita stress dikeluarkan melalui air mata. Namun, anda perlu dapatkan rawatan segera sekiranya

  • Menangis terlalu kerap
  • Menangis tanpa sebab
  • Menangis di luar kawalan
  • Menangis sehingga menjejaskan kehidupan harian

.

Hal ini kerana, ia merupakan tanda-tanda anda sedanga mengalami kemurungan. Apa-apa pun sekiranya keadaan masih normal, menangislah, ia akan memberikan kelegaan kepada anda.

.

.

Sumber : Public Health Malaysia