Select Page

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajan dan Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM dalam menangani isu penularan COVID 19. Kesan dari penularan wabak ini memberikan banyak kesan kepada semua industry dan rakyat. Pujian harus diberikan kepada negara kita, Malaysia dalam membanteras COVID19. Malaysia dipuji cara tangani Covid-19.

.

Professor Amerika memuji usaha KKM dan kerajaan

Professor dari Amerika Syarikat iaitu Jason Hassenstab yang baru sahaja pulang dari Sabah bersama keluarganya memuji tindakan kerajaan kita sangat efektif dengan penyebaran beria mengenai virus tersebut masih lagi diterima buat warga Sabah yang tinggal di pedalaman. Kerajaan kita juga menghantar mesej melalui SMS untuk mengamalkan social distancing dan stay at home mengujakan professor tersebut.

.

Beliau turut membandingkan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menyediakan hand sanitizer dan pemakaian face mask dengan Amerika Syarikat dan juga Lapangan Terbang Atlanta. Walaupun Lapangan Terbang Atlanta merupakan lapangan tersibuk di dunia, di anggarkan Cuma 5% sahaja kakitangan yang menggunakan face mask dan hand sanitizer pula hanya dijumpai di tandas sahaja. Malaysia dipuji cara tangani Covid-19.

Airport, Malaysia, Kuala Lumpur, Transportation, People

.

Baru-baru ini pula, pengguna Facebook, Ida Latif telah berkongsi beberapa perkongsian rakan-rakannya yang berada di luar negara menangani penularan wabak ini. Antara perkongsian beliau ialah:

Azira Aziz- Norway

Azira merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Oslo Norway selama 5 tahun kerana mengikuti suaminya yang bekerja di sana. Menurutnya, di Oslo hanya yang sakit sahaja memakai mask dan sekiranya anda didapati memakai mask ketika sihat, anda akan ditangkap polis . Penduduk akan memandang sinis sekiranya ada yang keluar memakai mask.

.

Faiza Isqandar Ali – Sweden

Faiza merupakan pelajar Malaysia yang sedang menjalani pembelajaran pHD di sana, meskipun sudah mencecah 1000+ kes, tiada lockdown mahupun sekatan perjalanan dilakukan. Rakyat masih bebas bergerak menaiki pengangkutan awam. Bukan itu sahaja, ujian COVID19 dan rawatan hanya akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik. Maka, mereka yang muda dan mempunyai risiko perlu mengambil inisiatif kuarantin diri sendiri di rumah  sehingga sihat. DI sana juga tiada pengesanan kontak dilakukan seperti di Malaysia

House, Corona, Coronavirus, Virus, Covid-19, Curfew

Baca Juga : Amalan pencegahan COVID -19

Azwadi Kamarudin- UK

Azwadi menceritakan berdasarkan balasan mesej rakannya iaitu warga UK di Edinburgh. Rakannya yang terkena jangkitan COVID 19 tidak ke hospital untuk melakukan ujian kerana tidak akan dilayan. Maka, mereka perlu mengambil inisiatif sendiri seperti di Sweden dengan kuarantinkan diri mereka sendiri

.

Mendengar cerita sebegini, pastinya kita akan bersyukur dengan menjadi rakyat Malaysia yang mana kerajaan kita sentiasa mengutamakan rakyat dalam menangani penularan wabak ini. Memang wajarlah Malaysia dipuji cara tangani Covid-19

.

.