Select Page

Maksud insomnia. Apa itu insomnia? Insomnia adalah gangguan kesihatan iaitu sukar untuk tidur dan mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Mereka yang menghidap insomnia biasanya sukar untuk merehatkan minda dan menutup mata. Perasaan subjektif yang berlaku ini akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia tidak cukup tidur atau perasaan tidak puas tidur. Kebiasaanya, punca seseorang itu menghidapi insomnia ialah akibat rasa ketakutan, tekanan, kebimbangan, kemurungan, akibat ubat-ubatab atau herba dan kaffein. Selain daripada itu, insomnia juga boleh berlaku tanpa sebarang sebab yang spesifik dan ianya boleh menyerang sesiapa sahaja.

Jenis Insomnia dan Tanda-Tandanya

Insomnia terbahagi kepada tiga kategori iaitu insomnia sementara iaitu tidak mampu tidur yang berlangsung dalam beberapa hari. Kedua, insomnia jangka pendek yang berlangsung dari beberapa hari sehingga 3 minggu dan yang ketiga insomnia kronik iaitu insomnia yang berlagsung dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Terdapat beberapa tanda-tanda dan gejala berlaku kepada mereka yang menghidap insomnia iaitu sukar untuk tidur. Masa yang diambil untuk tidur sangat lama, ia dikira dari jumlah masa yang diambil daripada masa hendak melelapkan mata sehingga ke masa mulanya untuk tidur. Gejala insomnia yang kedua ialah bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak dan kerap kali terjaga lebih awal daripada masa bangun tidur yang sepatutnya. Gejala insomnia ketiga ialah merasa letih atau mengantuk di waktu siang dan hal ini menyebabkan mereka yang menghidap insomnia kerap kali mengambil masa pada waktu siang untuk tidur.

Baca : Maksud Depresi dan Tanda-tandanya

Kesusahan untuk tidur adalah tanda utama masalah insomnia

Cara Mengatasi Insomnia

Walaubagaimanapun terdapat cara-cara untuk mengatasi insomnia seperti yang berikut :

Tenangkan diri anda

Sebelum tidur, pastikan anda dalam keadaan tenang dan damai supaya rasa serabut atau kegusaran yang bermain dalam fikiran anda dapat dihilangkan. Anda boleh memperoleh ketenangan dengan mendengar alunan musik yang tenang iaitu yang mempunyai tempo lambat serta mematikan semua telefon bimbit atau apa-apa perkara yang membuat anda terganggu.

Gelapkan Kamar Tidur

Tidur dalam keadaan gelap akan menjadikan tidur anda nyenyak. Matikan semua lampu bilik tidur anda. Sekiranya anda takut akan gelap, hidupkan lampu tidur kecil agar bilik tidur anda menjadi malap.

Kurangkan Kaffein

Seperti yang diketahui umum, kaffein boleh menyebabkan kesukaran dalam melelapkan mata. Maka, kurangkan kaffein dalam hidup anda dan elakkan daripada mengambil caffein sebelum tidur. Secara keseluruhannya, kurangkan pengambilan caffein dalam seharian anda.

Menjaga Pola Tidur

Perkara pertama yang perlu difahami ialah apakah maksud insomnia. Insomnia ialah masalah berkaitan pola tidur. Jadi, pola tidur merupakan kunci utama kepada masalah ini. Menjaga pola tidur sangat penting terutama jika seseorang menghidapi insomnia. Penting untuk kita menjaga waktu tidur dan waktu bangun tidur supaya insomnia dapat di atasi. Usahakan untuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari.

Dengan penjagaan waktu tidur, insomnia anda dapat di atasi. Anda boleh mengembalikan waktu tidur anda yang sempurna dan insomnia dapat dihilangkan daripada hidup anda.

Selain artikel maksud insomnia dan cara atasinya, baca juga 8 Kelebihan Bangun Awal Pagi

Baca juga : Doa Kuat Semangat