Select Page

Maksud depresi. Depresi atau kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, hilang tenaga, cepat letih dan marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti harian atau rutin yang baisa dilakukan. Jiwa terasa kosong dan hilang minat dengan kehidupan. Perlu ditekankan depresi adalah satu penyakit yang berbeza dengan stress. Fahami tanda dan maksud depresi menjadikan kita lebih arif dalam menangani cabaran dalam hidup.

Penyakit ini tidak mengenal masa kerana ia boleh dihadapi oleh semua lapisan umur, jantina ataupun bangsa. Depresi atau kemurungan ini boleh mengambil masa berbulan-bulan lamanya, malah ada yang mengambil masa bertahun-tahun.

Sebelum disahkan menghidap depresi atau kemurungan, seseorang itu akan mula menunjukkan beberapa tanda-tanda kemurungan:

Tanda-tanda depresi :

Jangan bersendirian jika mengalami depresi, dapatkan bantuan orang lain.

Tiada mood dan susah untuk ceria

Kehilangan mood dan sikap yang ceria antara tanda-tanda kemurungan. Seseorangtersebut akan sering marah, mendiamkan diri, mengasingkan diri malah mereka tidak mahu langsung berbuat apa-apa. Mereka tidak suka mnerima apa-apa pertolongan tetapi realitinya mereka sangat memerlukan pertolongan.

Baca : Amalan gaya hidup sihat

Hilang Tumpuan

Simptom kedua ini amat sukar dikesan atau disedari, apabila anda menghidapi kemurungan anda mula hilang focus untuk melakukan sesuatu kerja. Meskipun kerja tersebut adalah cuma tugasan picisan bagi anda. Anda akan mengambil masa yang lama untuk memahami arahan dan sukar untuk focus melakukan tigasan tersebut.

Gangguan tidur dan tabiat makan tidak normal

Gangguan tidur atau dikenali sebagai imsomnia akan mula menyerang mereka yang mengalami depresi. Setiap hari, mereka yang mempunyai kemurungan akan menghadapi kesukaran untuk tidur kerana fikiran sarat dengan pelbagai masalah dan susah untuk melelapkan mata. Selain itu, apabila menghadapi kemurungan, tabiat makan juga menjadi tidak normal sama ada hilang selera makan atau bertambah selera makan.

Baca : Fakta WHO berkenaan masalah depresi

Mati sentiasa ada dalam fikiran

Mati sentiasa ada dalam fikiran mereka yang menghidapi depresi dan sering mempersoalkan tujuan mereka di dunia ini. Ada dalam kalangan mereka yang cuba untuk membunuh diri. Berkali-kali cubaan untuk bunuh diri. Sekiranya ada di kalangan kita yang mempunyai symptom ini, jangan biarkan mereka bersendirian.

Lakukan sesuatu yang menyeronokkan boleh menghilangkan depresi
Tidak menceritakan masalah

Mereka yang menghidapi depresi tidak akan berkongsi masalah mereka meskipun kepada teman, keluarga ataupun orang yang paling rapat dengan mereka. Mereka akan berbohing tentang keadaan mereka. Walaupun sentiasa bergelut dengan pelbagai masalah, mereka akan sentiasa berpura-pura okay di hadapan khalayak ramai.

Sekiranya ada rakan mahupun orang terdekat dengan kita mengalamani symptom atau tanda-tanda kemurungan atau depresi ini, segeralah bantu agar mereka tidak merasa keseorangan sehingga mengambil nyawa mereka sendiri. Empati dan sentiasa memberikan pertolongan serta telinga yang sentiasa mendengar untuk mereka. Segera bertemu doctor agar masalah ini dapat di atasi dengan segera.

Baca : Tambahkan Rezeki dengan Bersedekah