Select Page

Malaysia digemparkan dengan serangan virus Covid19 yang mana angka kes jangkitan telah meningkat sehingga 500 lebih kes pada hari ini iaitu 17hb Mac 2020. Penularan yang membimbangkan ramai pihak ini telah menggesa pihak Kerajaan untuk melakukan kawalan pergerakan di Malaysia bermula 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020. Selain daripada usaha pihak kerajaan, kita juga perlu dan harus mengambil langkah pencegahan Covid19 ini.

.

Amalan menjaga kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan yang boleh diambil atau dilakukan oleh masyarakat bagi menyekat penularan Covid19

.

Langkah pertama:

Langkah pertama dalam penjagaan diri, keluarga dan orang sekeliling yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi iaitu kerap mencuci tanganĀ  dengan menggunakan air dan sabun atau menggunakan pencuci tangan (hand sanitizer)

Hands, Wash, Soap, Foam, Health

Langkah Kedua:

Elakkan dari mengunjungi kawasan atau lokasi yang berlakunya wabak ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar orang ramai elakkan dari berkunjung ke ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau mneyentuh sebarang jenis haiwan. Selain itu, elakkan dari bergaul rapat dengan mereka yang bergejala serta elakkan dari memakan produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna

.

Langkah Ketiga:

Sekiranya anda mempunyai symptom-simptom yang telah digariskan oleh KKM seperti gejala jangkitan pernafasan iaitu demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan, segeralah ke klinik/hospital yang telah dijadikan tempat untuk saringan Covid19 dan maklumkan kepada mereka tentang sejarah perjalanan anda.

Corona, Stamp, Pass, Passport, Suspicion

Baca Juga : Panduan Solat Tahajjud.

Sama-samalah kita menjaga dan mengamalkan langkah pencegahan Covid19 ini agar usaha unutk membendung virus ini dari terus merebak dapat di atasi.

.

.