Select Page

Cabaran yang paling besar sepanjang perjalanan menjadi seorang ibu dan ayah, bukanlah ketika mengandung atau melahirkan. Akan tetapi, cabaran paling besar ialah dalam tempoh membesarkan anak-anak. Setaip ibu ayah mempunyai cara didikan mereka tersendiri. Namun, terdapat kesilapan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak sehingga mendapat banyak kejutan yang tidak disangka-sangka dalam pekembangan anak-anak.

.

Kesilapan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak

1. Petua Google

Zaman teknologi semuanya berada di hujung jari sahaja. Apa sahaja yang dirasakan tidak kena pada anak, para ibu aah akan cepat-cepat mencari petua di internet sahaja. Hal ini tidak salah dan boleh membantu ibu ayah menguruskan anak-anak tetapi sekiranya tips-tips dan petua dari internet tersebut tidak tepat, ini akan memberikan kesan kepada anak-anak

Bar, Ipad, Mockup, Business, Computer, Tablet

.

2. Tak boleh main di luar

Ibu bapa tidak benarkan anak-anak main di luar rumah kerana beranggapan ianya kotor dan tidak selamat. Namun, tidak salah untuk biarkan mereka bermain sekejab kerana ia akan membantu perkembangan mereka. Jika merasakan keadaan di luar sangat kotor, mandikan anak-anak segera setelah mereka puas bermain

.

3. Tolak Vaksin

Terdapat sebilangan ibu bapa yang menolak suntkan vaksin kerana beranggapan ia akan memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak. Sedangkan, vaksin ini membantu kanak-kanak tersebut  dan mencegah mereka daripada mendapat penyakit yang berbahaya.

.

4. Bermain gadjet terlalu lama

Apabila anak mencapai usia 5 dan 6 tahun ke atas, mereka mula merasa seronok dan pandai dalam melayari internet. Tambahan dalma dunia yang serba moden ini, ramai ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan gadjet dan internet. Pendedahan yang terlalu lama terhadap skrin akan membantut perkembangan kanak-kanak.

Tablet, Little, Caucasian, Child, Kid, One, White

Baca Juga: Tanda-tanda awal diabetes dalam kalangan anak-anak

5. Risau Suhu Anak

Sekrianya anak demam, ia bermakna reaksi tubuh badan untuk bertahan terhadap bendasing atau parasite yang masuk ke dalam tubuh. Ibu ayah jangan panic ya. Jika demam dan suhu masih sama dan berlarutan meskipun telah mengambil langkah untuk menurunkan suhu, barulah abwa anak bertemu doctor ya.

.

.

.

.