Select Page

Hari ini, Malaysia sedang komited dan bertungkus lumus untuk memerangi serangan virus COVID19 yang melanda seluruh dunia. Malaysin kini mencatat lebih dari 1000 kes positif COVID19 yang mana ia melibatkan sebanyak 20 kematian setakat hari ini. Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP juga telah dilanjutkan dan di tambah selama 2 minggu lagi dan akan berakhir pada 14hb April 2020. Banyak individu dan industry yang akan terjejas denagn keadaan ini. Kesan pandemik terhadap ekonomi negara juga sangat membimbangkan semua pihak.

Kesan wabak ini bukan lagi terhadap kesihatan sahaja malah turut menjadi punca kerencatan ekonomi dalam empat aspek iaitu permintaan, pengeluaran, pelaburan dan juga pendapatan.

Apakah kesan pandemik terhadap ekonomi negara?

.

Kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan

Apabila diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, banyak industry dan syarikat-syarikat swasta yang terjejas dan terpaksa ditutup. Akibatnya, ramai pekerja yang kehilangan kerja akibat ketidak mampuan majikan untuk membayar gaji pekerja atau di arahkan untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji. Mereka hilang punca pendapatan untuk mengisi perut kelaurga.

.

Malah, bagi mereka yang bekerja sendiri, mereka kehilangan sumber pendapatan kerana tidak dibenarkan berniaga.

Broke, Poor, Empty, Pockets, Money, Debt, Bankrupt

Sektor Perlancongan dan Pengangkutan Terjejas

Apabila dilanda COVID19, hari ini, Malaysia menyekat kemasukan pelancong luar Malaysia. Pembatalan tempahan hotel-hotel menjadikan sector pelancongan di negara ini terjejas. Dan sector pengangkutan melibatkan ‘airlines’ juga akan turut terjejas kerana tiada penerbangan dilakukan sepanjang tempoh ini. Kesan pandemic ini akan merencatkan ekonomi dalam sector perkhidmatan.

Plane, Trip, Journey, Explore, Discover, Sky, Wing

.

Industri Logistik dan perkilangan

Industri logistic akan melibatkan aktiviti di pelabuhan, oleh kerana aktiviti di pelabuhan juga terpaksa dihadkan maka industry ini juga akan terjejas dan sector pengilangan yang terjejas dan terpaksa menutup operasi akan menyebabkan penawaran barangan yang agak terhad di pasaran.

Baca Juga : Aktiviti ketika PKP

Pasaran Saham Terjejas

Menurut Ketua Penganalisis Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran saham telah merundum dengan begitu teruk sekali. Risiko kelembapan telah menjadi sistematik menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Menurutnya juga , beberapa bank pusat utama dunia telah mengambil langkah-langkah drastic seperti Bank Pusat di Amerika Syarikat telah mengumukan kadar penurunan faedah sehingga kosong peratus iaitu satu kadar yang paling rendah yang pernah tercapai. Beliau menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlaku berdasarkan  signifikan yang berlaku di pasaran saham utama dunia dan juga di negara kita.

Entrepreneur, Idea, Competence, Vision

Semoga kesan pandemik terhadap ekonomi ini dapat diatasi bukan sahaja Malaysia tetapi di seluruh dunia.