Select Page

Kencing manis atau dikenali sebagai diabetes mellitus dalam istilah perubatan merupakan penyakit metabolic kerana ia akan memberi kesan kepada kandungan gula di dalam darah. Kegagalan sistem badan untuk mengekalkan paras kandungan gula pada tahap yang normal menyebabkan berlakunya kencing manis. Apabila kandungan gula meningkat daripada paras yang normal, keadaan ini dikenali sebagai hiperglisemia. Kebiasaannya insulin resistance menjadi faktor kepada berlakunya diabetes

.

Seperti yang kita maklum, diabetes terbahagi kepada dua jenis iaitu diabetes jenis 1 (type 1) dan juga diabetes jenis 2 (type 2).

.

Diabetes Jenis 1 terjadi disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan hormone insulin manakala diabetes jenis 2 disebabkan oleh insulin resistance iaituinsulin mencukupi tetapi tidak effisyen kerana sel badan kita tidak bertindak kepada insulin.

Sugar, Blood Test, Quicktest, Diabetes, Drops Of Blood

.

Kebanyakkan dari penghidap kencing manis merupakan kencing manis jenis 2 atau type 2 yang mana berpunca daripada kerintangan insulin atau insulin resistance. Kebiasaan insulin resistance berlaku disebabkan factor risiko seperti berat badan yang terlebih, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis, diet yang salah dan sebagainya.

.

Insulin berfungsi untuk mengawal kandungan gula di dalam darah yang mana akan memudahkan penyerapan gula dalam darah ke dalam sel-sel badan. Insulin akan memberi signal kepada sel lemak, oto dan hati untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi glikogen iaitu gula otot di sel-sel otot, trigliserida di sel lemak dan juga keduanya di sel hati.

Blood Collection, Blood, Syringe, Medical, Disease

.

Sekiranya insulin di dalam darah tidak mencukupi, sel-sel tubuh akan mula kelaparan. Apabila glukosa tidak dapat dipecah, sel tidka dapat menggunakannya menyebabkan lemak dipecah untuk menghasilkan tenaga. Proses ini akna menyebabkan pengumpulan bahan kimia yang disebut keton.

Baca Juga : Insulin Resistance

.

Terdapat beberapa keadaan seandainya penghasilan insulin terganggu

  • Insulin Resistance: Apabila sel otot, hati dan lemak tidak dapat menggunakan insulin dnegan baik, panckreas akan berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya glukos dapat digunakan sebagai sumber tenaga. Sekiranya tidak di atasi, insulin resistance ini akan menyebabkan diabetes.
  • Diabetes mellitus: Kadar gula dalam darah menjadi sangat tinggi disebabkan oleh ketidakmampuan tubuh untuk menggunakan glukos menjadi tenaga

.

Insulin merupakan satu hormone yang sangat penting dalam tubuh badan. Tanpa hormone insulin, sel-sel akan kehilangan  dan kekurangan tenaga dan perlu mencari sumber tenaga alternative yang lain dan akan mengakibatkan komplikasi yang boleh membawa maut. Maka, segera bertemu doctor agar masalah diabetes dapat di atasi.  

.

.