Select Page

Alhamdulillah, boleh tarik nafas lega apabila PM umum tiada total lock down. Actually bila tengok ada pengumuman khas jam 6 ptg tadi, kecut perut jugaklah memikirkan apalah nasib perniagaan selepas ni.Ya kita boleh rancang Plan A sampai Z, tapi apabila total lock down, memang akan terjejas teruk pendapatan apa apa sektor pun. covid ni memang bagi banyak masalah

Tengok angka yang menghampiri 700, rasanya esok ni cecah 1000 jugak angkanya.

Tapi jangan risau, post ni bukan nak buat panic attack, fear mongering ke apa, cuma ia adalah bahasa yang mudah KENAPA KITA PERLU RASA OK walaupun angka ini akan meningkat.

Dah dijangkakan pun 3rd wave akan melanda dan angkanya akan lagi banyak. Masa je yang menentukan dan tambah pelbagai faktor (kluster politik PRN Sabah terutamanya) kita sekarang kena bersatu hati bukan menuding jari kepada siapa.

Ermmm, tapi dah tuding jari kat sang politikus tu, takpelah sebab dah geram sangat ye tak.Saya ada 2 sebablah kenapa kita perlu OK. Tapi OK tak bermakna SOP semua kita main langgar je, tak, OK maksudnya kita tak perlu gelabah bagai nak kalut buat panic buying dan duk sebarkan berita berita palsu.

cabin fever

Rilek n chill, jalankan SOP macam biasa. Ok saya terus bagi 2 sebabnya.

1) KLUSTER TERKAWAL.

Maksud kluster terkawal tu, walaupun angka cecah ribu, tapi penambahan kluster baru tak banyak. Semalam ada 2 kluster baru dan hari ni pun ada 2 kluster baru. Yang meningkat nombornya adalah pada kluster sedia ada yang mana langkah PKPD sudah dijalankan.

Hari ni kluster Tembok saja catat hampir 400 kes (lebih separuh kes hari ni) Mereka ni tak bercampur gaul dengan orang awam, jadi ianya terkawal.

Yang menjadi masalah adalah ada 50 kes tapi 50 nya berada di tempat berlainan. Haa, kalau macam tu lagi parah daripada angka yang sedang meningkat sekarang ni. So kena tenang dan amalkan SOP yang kita dah memang buat pun sekarang ni.

2) CONTACT TRACING.

Berbanding PKP yang lalu, kenapa kerajaan terus buat total lock down kerana susah nak trace contact rapat. Ya lah, masa tu apps my sejahtera pun tak siap lagi, pastu yg ada pun selalu problem.Memang susah frontliner nak buat contact tracing.

Berbanding sekarang, kita dah peka dengan norma baru, tulis nama, check in di apps, itu semua akan memudahkan contact tracing.Contoh, ada sorang ahli politik ni dia negatif awalnya, pastu pergi ke majlis orang awam, semua di situ check in apps dan tiba2 negatif tadi dah jadi positif balik after few days, so kerja contact tracing akan jadi mudah utk buat test kepada mereka yang hadir.

Berbanding dulu semasa kluster tabligh, susah nak buat contact tracing nasib baik tabligh kita semua patuh pergi buat saringan sendiri sukarela covid.

2 sebab ni yang utamalah. Nak list down banyak lagi..Sekarang ni kita patut bersyukur sebab frontliners kita masih utuh didepan menjaga kita, pemimpin pun walaupun blur blur tapi mereka still fikirkan yang terbaik untuk kita.Tugas kita bukan nak salah menyalahkan, kita jalankan tanggungjawab kita

+ Pakai mask

+ Penjarakan sosial

+ Kurangkan aktiviti crowded

+ Selalu amalkan kebersihan kendiri.

InsyaAllah kita buat ni, 3rd wave ni akan reda kembali dan ekonomi akan kembali pulih. Vaksin pun dah nak ada tu, bila dah sampai kat Kita, covid ni akan jadi ibarat demam seperti biasa je dah sebati dengan kita.

Sama sama jaga okey.