Select Page

Keajaiban sedekah. Apa itu sedekah? Sedekah membawa maksud pemberian yang ikhlas daripada seseorang sebagai tanda dan bukti ketaatan kepapa Allah SWT. Keikhlasan bersedekah haruslah lahir dari hati mengikut kemampuan seseorang. Ia merupakan amalan yang sangat berat dilakukan terutama bagi mereka yang tidak berapa gemaruntuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Namun, ia amalan yang sangat terpuji dan dapat menyucikan harta serta pahalanya berkekalan sehingga ke hari pembalasan.

Ikhlas dalam bersedekah memberikan kebahagiaan berpanjangan

Antara keajaiban sedekah ialah:


Rezeki semakin bertambah

Keajaiban sedekah ialah dapat membuatkan rezeki kita semakin bertambah. Sebagai seorang umat Islam, kita tidak boleh beranggapan apabila bersedekah, harta kita akan makin berkurangan. Hal ini kerana, dengan bersedekah, akan meluaskan dan membuka pintu rezeki kita dari segenap aspek. Tidak akan berkurang rezeki orang bersedekah.

Pahala berganda

Antara keajaiban sedekah ialah pahala kita semakin berganda. Sikap suka bersedekah merupakan perbuatan yang sangat disukai oleh Allah SWT. Sedekah bukan sahaj dalam bentukwang, tetapi dalam bentuk makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Apabila kita berkongsi rezeki, Allah akan melipat gandakan pahala.

Baca : Amalan Gaya Hidup Sihat

Sedekah, walaupun sedikit asalkan ikhlas
Menghapuskan Dosa

Menghapuskan dosa adalah salah satu dari keajaiban sedekah. Walaubagaimanapun, haruslah disertakan dengan dengan taubat dari perbuatan dosa dan juga disertai perbuatan baik yang kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat at-Tirmidzi, baginda SAW bersabda,
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

Hartanya kekal di sisi Allah SWT

Keajaiban sedekah ini juga ialah pahala amalan bersedekah ini tidak akan terhenti, dan ia sentiasa beterusan dan berpajangan sehingga meninggal dunia. Harta yang kita telah sedekahkan akan membantu kita di akhirat kelak. Diriwayatkan dari Abu hurairah r.a, bahawa RAsulullah SAW bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu:sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya dan ilmu yang berguna setelahnya” .

Menghapuskan sikap kedekut

Sifar kedekut adalah salah satu sifat buruk yang wajar dijauhi. Sifat kedekut akan melahirkan sikap yang sombong dan merasakan apa yang dimiliki adalah kerana hasil titik peluh sendiri. Keajaiban sedekah ini dapat menghapuskan sikap kedekut yang ada dalam diri kita dan sentiasa ingat bahawa Allah SWT memudahkan urursan kita sehingga berjaya mendapatkan hasil dalam setiap usaha yang kita lakukan.

Oleh yang demikian, janganlah kita berkira-kira untuk bersedekah dengan memberi sedikit daripada rezeki kita kepada merka yang memerlukan. Semoga kita menjadi hambaNya yang suka bersedekah dengan memberi melalui tangan kanan dan menyorokkan tangan kiri. Smeoga perkongsian ini mendapat manfaat buat semua.

Baca: Kreatifnya Sedekah di Masjid

.