Select Page

Setiap manusia mempunyai personality sendiri dan ada kajian daripada Jepun yang menyatakan jenis kumpulan darah mempunyai kaitan dengan personality anda. Di Jepun,    mereka mempunyai kepercayaan yang mana ciri-ciri biologi seseorang akan mencerminkan kemampuan kerja  dan berapal lama tempoh mas ayang di ambil dalam menyesuaikan diri ke dalam sesuatu perkerjaan. Majikan juga menggunakan jenis-jenis darah untuk menyusun  dan menilai pekerja mereka.  Jangan lupa, ejen pencari jodoh juga menggunakan jenis darah untuk mengatur pasangan yang sesuai tau. Ini merupakan satu kajian tetapi ada kebetulan juga ya. Apakah jenis darah dan personaliti anda miliki?

.

Terdapat empat jenis kumpulan darah. Jenis A, B, AB dan O. Jum kita lohat jenis darah dan personaliti anda

Kumpulah Darah A

Didapati mereka yang mempunyai kumpulan darah A merupakan seseorang yang mempunyai sikap yang tegas. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap konservatif, bertanggungjawab dan juga sering menepati masa seperti mana kerja rumah dan tugasan sentiasa disiapkan pada waktunya. Mereka juga sentiasa berjimat cermat.

.

Mereka juga dikatakan lebih selesa bergaul dengan individu daripada kumpulan darah AB dan O. Hal ini mungkin disebabkan mereka yang lebih berkonservatif dan bersikap berhati-hati. Maka, mereka lebih tertarik kepada seseorang yang bersikap lebih rasional dan bersistematik  yang dimiliki oleh individu yang berdarah AB. Malah, mereka juga lebih menghargai sikap kepimpinan yang ada pada mereka berkumpulan darah O terutama yang dapat membimbing hidup mereka supaya lebih teratur dan sempurna.

World Blood Donor Day, Heart, Blood, Donation, Life

.

Kumpulan Darah B

Mereka yang terdiri dalam kumpulan darah ini kebiasaannya lebih ceria dan juga suka bergembira. Mereka merupakan individu yang sennag teruja, impulsive dan juga suka berindak di luar jangkaan. Mereka gemar untuk melakukan aktiviti atau sesuatu perkara secara tiba-tiba. SIkap mereka yang ceria akan menghidupkan suasana dan bersikap kreatif serta berbakat dalam bidang seni. Maka, sebab itula ramai dari golonga jenis darah ini menjadi artis, ahli muzik dan lain-lain.

.

Kumpulan Darah AB

Menurut kajian, mereka yang tegolong dalam kumpulan darah AB ini merupakan seorang pemikir yang hebat dan sentiasa tenang dan teratur dengan apa yang mereka lakukan. Selain bersikap analitikal, mereka cenderung untuk membuat pernjelasan secara teperinci tentang sesuatu perkara.

.

Sikap rasional mereka dan kemampuan untuk memahami orang lain memudahkan mereka untuk mengelakkan diri daripada bertikam lidah kerana percanggahan pendapat

Guy, Bike, Bicycle, Lifestyle, Adult, Male, Man, Cycle

Baca Juga : Insulin Resistance dan kencing manis

Kumpulan Darah O

Mereka yang berada dalam golongan kumpulan darah ini sentiasa berkeyakinan tinggi, bercita-cita tingi dan juga peramah. Oleh sebab itu mereka sesuai untuk menjadi pemimpin. Anda pasti akan bersetuju dengan cadangan mereka kerana sikap berkarisma dan berkeyakinan itu menjadikan anda yakin dengan mereka. Bersikap sensitive, memahami namun mereka berdarah O berpura-pura ego. Paling mereka benci adalah satu kebohongan

.

Jika dilayan secara baik, mereka pasti membalas dengan kebaikkan. Tetapi, jika sebaliknya, mereka boleh ebrtukar menjadi lebih jahat.Mereka seorang yang berani tetapi takut akan kegegalan.

.

Anda mempunyai jenis darah dan personaliti anda yang mana?

.

.